BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Culik kekasih kahwin wanita lain

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
19hmgroom.jpg_1495165873.jpg


New Delhi: Seorang pengantin lelaki diculik kumpulan bersenjata yang diupah kekasihnya sejurus sebelum dia menyelesaikan majlis perkahwinan dengan wanita pilihan keluarganya.

Dalam kejadian Isnin lalu, Ashok Yadav, 24, baru selesai bertukar-tukar kalungan bunga dengan wanita yang dikahwininya sebelum membuat ikrar perkahwinan dengan mengelilingi api mengikut istiadat Hindu.

Bagaimanapun, tiba-tiba dua kenderaan SUV berhenti di pintu masuk lokasi majlis dan 10 orang keluar diketuai seorang wanita yang memegang pistol yang diacukan ke kepala Yadav.

Mereka kemudian melarikan diri bersama pengantin lelaki terbabit.

Kira-kira 40 jam kemudian, ibu bapa Yadav membuat laporan polis.

Wanita bersenjata yang menculiknya dikenal pasti sebagai Bharti , bekas kekasih Yadav yang tidak dapat menerima hakikat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain.

Polis kini memburu Bharti dan mangsanya.

Sementara itu, bapa Yadav, Ramhet berkata, dia meminang wanita yang akan dijodohkan dengan anaknya bulan lalu. Menurutnya, Bharti rakan sekerja Yadav di sebuah hospital kerajaan.

Ketika menculik Yadav, Bharti dilaporkan memberitahu tetamu di majlis itu bahawa mereka sudah bercinta sejak 10 bulan lalu.

Wanita yang berang itu berkata, Yadav merahsiakan perkahwinannya itu. Dia kemudian menghentak kepala Yadav sebelum melarikannya sambil menjerit dia akan memastikan lelaki itu menjadi suaminya walaupun terpaksa mengancamnya dengan pistol. - Agensi

https://www.hmetro.com.my/global/2017/05/230669/culik-kekasih-kahwin-wanita-lain
 
gngster sgt pompuan tu.. patut pak laki x kenan.. :))
 
ini machiam pnya muka ada banyak dekat melesia la adek manissss
 
ini luar biasa..filem hindustan pun takde scene pengantin lelaki kena culik :eek:

kalo ade sori la jangan mare aku bukan hardcore hindustan :))
 
kalau ada bideo lg bagus
 
Pengantin lelaki di Malaysia ni biasanya tak datang majlis nikah atas sebab taknak last minute.. Kes di India ni memang rare bila pengantin lelaki diculik oleh wanita untuk dipaksa kahwin dengan bekas kekasih.
 
Back
Top
Log in Register