BTC USD 16,350.5 Gold USD 1,751.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Culas Jaga Anak Kembar Di Hospital, Amah Lari Ikut Teman Lelaki

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,829
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
38,829
Reaction score
4,909
Points
296
Awards
1
03.10.2022 - Sentul, Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang dihadapi seorang wanita yang bukan sahaja berdepan dengan potongan gaji, malah pembantu rumah yang sepatutnya menjaga anaknya di hospital turut melarikan diri. Menerusi video tular di laman TikTok D'twins Burger, pembantu rumah itu melarikan diri dari kediaman majikannya di Sentul, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pembantu rumah itu berjaya ditemui beberapa hari selepas melarikan diri.

Difahamkan, pembantu rumah warga Indonesia berusia dalam lingkungan 40-an itu ditugaskan menjaga anak kembar wanita itu telah lari bersama teman lelakinya. Kongsi wanita itu lagi, pembantu rumah tersebut tidak perlu melakukan kerja-kerja rumah sama ada memasak dan mengemas. Sebaliknya, wanita tersebut tidak menyangka pembantu rumah berkenaan sanggup menghilangkan diri, walhal rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) secara zahir memaparkan dia ikhlas menjaga anak-anaknya.

"Nampak dia peluk dan cium anak saya, tapi sanggup bibik tinggalkan kembar sendirian. Ya ALLAH, tak sangka aku anggap macam mak sendiri sanggup perlakukan macam ni," kata wanita itu kesal.

Menurut wanita itu lagi, pembantu rumah tersebut mempunyai sejarah melarikan diri dari majikan lama sebanyak tiga kali, dan pernah memberitahu tidak akan mengulangi perkara tersebut. Difahamkan, wanita itu akan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,386
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,386
Reaction score
2,559
Points
251
Awards
1
Syukur anak dia tak apa"
 
Sponsored Post

Top
Log in Register