BTC USD 99,025.2 Gold USD 2,665.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cukai UTAR - Wee Minta Anwar Campur Tangan

Sponsored Post

PM Hapuskan Tunggakan Cukai, Denda RM83 Juta UTAR

08.10.2024 - Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan memutuskan untuk melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) daripada pertikaian cukai dan dendanya. Laporan Sin Chew Daily memetik sumber yang menyatakan tunggakan cukai dan denda berjumlah RM83 juta yang dituntu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas Utar akan dihapus kira. Menurut laporan itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ketika ditanya berkenaan perkara itu berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mengarahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican untuk menghantar surat kepada Yayasan Pendidikan Utar (Utaref) untuk memaklumkan perkara itu.

Loke berkata surat itu akan dihantar tidak lama lagi.

Pada minggu lalu, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata menurut LHDN, Utar tidak diberikan status pengecualian cukai, tidak seperti Utaref yang mendapat pengecualian itu pada 1 Julai 2003 mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Sehari kemudian, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata Utar dan Utaref sepatutnya diiktiraf sebagai entiti tunggal, dan tidak bersetuju dengan pengkelasannya sebagai badan berasingan pada masa ini. Yayasan itu bertanggungjawab menguruskan Utar. Sementara itu, laporan itu memetik sumber sebagai berkata, LHDN baru-baru ini mengaudit semula Utaref untuk enam tahun terakhir, dan secara rasmi menghantar surat pada Jun lalu berkenaan cukai yang tidak dibayar serta denda. Selepas menerima surat itu, Utaref menghantar surat kepada Anwar. Yayasan itu juga tidak perlu membayar cukai dan denda yang dikenakan.
1728393949717.png
pergghhh tak sampai berapa second jerr dah selesai...gisb diserbu sampai habis runtuh..bertuhankan pendatang diagung agungkan..bumi milik org...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan semangat wajar
Janganlah terlalai teruskan usaha
kita kan gagah di nusantara
kita kan gagah di nusantara
kita kan gagah di nusantara
kita kan gagah dimata dunia
 
pergghhh tak sampai berapa second jerr dah selesai...gisb diserbu sampai habis runtuh..bertuhankan pendatang diagung agungkan..bumi milik org...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan semangat wajar
Janganlah terlalai teruskan usaha
kita kan gagah di nusantara
kita kan gagah di nusantara
kita kan gagah di nusantara
kita kan gagah dimata dunia
patut la SKT 60% teruk bebenor tak boleh beza baca isu..:LOL::LOL:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register