BTC USD 48,438.6 Gold USD 1,785.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cukai taksiran dijangka naik

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Penilaian semula perlu selepas kadar lama digunakan sejak 15 tahun lalu

KUALA LUMPUR: Kadar cukai taksiran bagi seluruh ibu negara dijangka naik dalam tempoh dua tahun lagi sebaik saja penilaian semula kadar lama yang digunakan sejak 15 tahun lalu, selesai.

Kenyataan itu dibuat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail selepas membentangkan Bajet 2010 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertemakan ‘Mengutamakan Rakyat’ di sini, semalam.

Beliau berkata, penilaian semula kadar cukai taksiran perlu memandangkan jumlah pendapatan utama DBKL adalah melalui kutipan cukai taksiran.

Tahun ini DBKL mengutip cukai taksiran berjumlah RM755.08 juta, iaitu 45.83 peratus daripada keseluruhan hasil pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Kadar cukai taksiran ini perlu dikaji semula memandangkan kadar sama sudah diguna pakai lebih sedekad lalu sedangkan pembiayaan menguruskan bandar raya semakin bertambah.

“Pelaksanaan kadar baru ini tidak akan dijalankan tanpa melakukan perbincangan dengan semua pihak berkaitan. Bagaimanapun, ia tidak akan dilaksanakan tahun depan,” katanya.

Mengikut Bajet 2010 berjumlah RM2.120 bilion yang dibentangkan semalam, sebanyak RM1.102 bilion adalah perbelanjaan mengurus, manakala perbelanjaan pembangunan RM1.017 bilion. Bajet ini menunjukkan peningkatan dua peratus atau RM39.8 juta berbanding Bajet 2009 iaitu RM2.081.

Sebanyak 32.4 peratus akan dibiayai oleh sumber kewangan DBKL sendiri, manakala bakinya 67.6 peratus ditanggung kerajaan Pusat.

Ahmad Fuad berkata, bajet tahun depan bukan setakat mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, tetapi mahu menyediakan peruntukan kewangan bersesuaian bagi menjaga kepentingan pembayar cukai dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan terbaik.
 
Sponsored Post

rizal6167

Junior Member
Messages
90
Joined
Dec 9, 2009
Messages
90
Reaction score
0
Points
6
mcm mcm cukai nak naik,nanti ada pula cukai baru aper tu yg sedang dikaji sekarang nie,cukai barangan inilah boleh land, letih le rakyat nak cari duit
 

ceria28

Legendary Member
Messages
11,902
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,902
Reaction score
109
Points
123
Beginilah 1Msia dimana rakyat didahulukan. Apa2 pun rakyat yg kena dulu
 

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
ini nampaknya bercanggah dengan Bajet yang Najib bentang tempoh hari..
 

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Naikkan cukai utk menjana ekonomi dan memesatkan pembangunan.. tapi di Mesia nih naikkan cukai utk menjana ekonomi sesetengah org dan memesatkan pembangunan rasuah hihihihihih...

Tapi kalo Badut UMNO sure x terpikir oleh akal mereka mende2 nih
 
Sponsored Post
Top
Log in Register