BTC USD 95,263.2 Gold USD 2,689.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cukai taksiran di Selangor naik 25 peratus

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,918
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,918
Reaction score
5,202
Points
486
Awards
1
Datuk-Ng-Suee-Lim.jpeg


SHAH ALAM – Cukai taksiran di Selangor meningkat kepada 25 peratus bermula 1 Januari tahun depan.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Ng Suee Lim, kerajaan negeri mengambil langkah untuk mengawal kesan penilaian semula cukai taksiran sebagai prihatin dengan kebimbangan rakyat berhubung perkara itu.

Katanya, kenaikan ini susulan kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan tersebut sejak 2019 dengan ada pihak berkuasa tempatan (PBT) masih menggunapakai kadar yang diluluskan sejak 37 tahun lalu seperti Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) selain sembilan PBT lain melebihi 20 tahun.

“Contohnya, jika cukai taksiran rumah pangsapuri dibayar pada tahun ini adalah RM100 setahun selepas penilaian semula menjadi RM200 setahun.

“Namun, kawalan kenaikan cukai taksiran sehingga 25 peratus ditetapkan kerajaan menjadikan jumlah cukai baru yang dibayar pada tahun depan adalah RM125 berbanding RM200 yang patut dikutip PBT,” katanya pada sidang akhbar berkenaan cukai taksiran Selangor 2025, hari ini.

Beliau memberitahu, potongan cukai ini disasarkan laksanakan selama lima tahun dijangka akan meningkatkan pendapatan PBT sebanyak RM355 juta setahun seterusnya meningkatkan perkhidmatan PBT masing-masing.

Ujarnya, langkah ini diambil untuk memastikan kepatuhan dan penguatkuasaan sejajar dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kerajaan negeri bersetuju mengecualikan cukai taksiran kepada rumah kos rendah dan Rumah Selangor dengan implikasi kewangan sebanyak RM60 juta.

“Untuk rumah kampung tradisi dan kampung baharu, kita beri pengecualian bersasar dengan melibatkan sebanyak 2,849 pegangan setakat ini. Kita sasarkan 5,000 menikmati pengecualian ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Suee Lim memaklumkan pihaknya menerima sebanyak 148,000 bantahan orang ramai di 11 PBT semasa semakan nilaian baharu kadar taksiran ini.

“Namun, yang hadir tampil ke depan semasa sesi pendengaran adalah 40,000 orang.

“Walaupun 148,000 yang bantah namun kita buat siasatan sehingga 287,000 individu dan kita lebih proaktif. Akhirnya, kita luluskan 230,000 bantahan yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

Dulu-dulu kalau kat CG meriah kalau ada yg janji nak hapus cukai :LOL: yg kesiannya ada pulak yg percaya. 3 tax utama utk income 3 jenis kerajaan kat malaysia

1. Income tax direct tax utk federal income utama,

2. Cukai tanah direct tax income utama kerajaan negeri

3. cukai taksiran / pintu income utama PBT.
 
sengal apa la depa ni, 'mengawal kesan penilaian semula cukai taksiran sebagai prihatin dengan kebimbangan rakyat berhubung perkara itu.' kalau takde naik cukai auto rakyat tak bimbang. otak letak dekat mana.
bro...mereka akan letak tafsiran perbuatan mereka suka hati mereka...dan tak boleh argue.....
 
Dulu-dulu kalau kat CG meriah kalau ada yg janji nak hapus cukai :LOL: yg kesiannya ada pulak yg percaya. 3 tax utama utk income 3 jenis kerajaan kat malaysia

1. Income tax direct tax utk federal income utama,

2. Cukai tanah direct tax income utama kerajaan negeri

3. cukai taksiran / pintu income utama PBT.
..................
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register