akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,652
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,652
- Reaction score
- 6,737
- Points
- 881
- Awards
- 1
Cukai rokok, minuman keras berkemungkinan tinggi dinaikkan dalam Belanjawan 2025, kata RHB Investment
Oleh M. HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 26 Sept - Terdapat kemungkinan tinggi cukai rokok dan minuman keras dinaikkan dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan bulan hadapan, kata RHB Investment Bank.
Menurut firma penyelidikan tersebut, ini memandangkan kali terakhir kenaikan duti eksais dilaksanakan adalah semasa tahun 2014 dan 2016.
"Kami tidak menolak kemungkinan duti eksais berpeluang tinggi ditingkatkan bagi produk rokok dan minuman keras," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Menurut laman web Kastam, Duti Eksais merupakan duti yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Seksyen 6, Akta Eksais 1976 yang dikenakan ke atas barangan berduti yang dikilang oleh syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 20, Akta Eksais 1976.
Duti ini juga dikenakan ke atas barangan yang sama sewaktu diimport. Barangan tertakluk kepada Duti Eksais diwartakan dalam Perintah Duti Eksais 2022 antaranya minuman bergula, kenderaan bermotor minuman keras, rokok termasuk tembakau dan cerut.
ARTIKEL BERKAITAN: AMAM, FPMPAM gesa kerajaan naikkan cukai dan harga minimum rokok dalam Bajet 2025
Tambah RHB Investment, pada masa sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, baru-baru ini mendedahkan banyak perancangan diusahakan demi mengatasi masalah pengambilan gula.
"Dengan ini, cukai gula mungkin akan dinaikkan untuk barangan sedia ada, dan skop penguatkuasaannya juga akan diperluaskan kepada lebih banyak produk lain.
"Mempertimbangkan perluasan skop cukai ini, perkara ini seharusnya akan menjejaskan Power Root, manakala FFB dan Nestle mungkin terkesan sekiranya skop ini dikembangkan kepada minuman berasaskan susu atau ais krim," jelasnya.
Firma penyelidikan itu berkata, Belanjawan 2025 sepatutnya lebih mesra pengguna dengan mengetengahkan langkah-langkah baik seperti bantuan kewangan tunai, ganjaran bonus kepada penjawat awam dan bantuan cukai pendapatan bagi menggalakkan penggunaan.
"Sementara itu, kami menanti-nantikan butiran lanjut mengenai pelaksanaan program penyasaran subsidi petrol, dan memerhati sama ada pihak Kerajaan merancang untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan barangan (GST) semula," ujarnya.
Dalam perkembangan berkitan, RHB Investment berkata, sentimen sector pengguna seharusnya terus berada dalam keadaan suram sehingga impak daripada pelaksanaan pewajaran subsidi dapat dikenal pasti dengan lebih jelas.
"Terdapat juga ura-ura yang menyatakan GST mungkin diperkenalkan semula yang akan mendatangkan kesan ketara terhadap sentimen dalam kalangan pengguna dan seterusnya menyebabkan keadaan menjadi lebih tidak menentu.
"Sungguhpun begitu, kami yakin walaupun perbelanjaan pengguna tidak begitu menggalakkan, ia akan mendapat dorongan daripada pasaran pekerjaan yang stabil dan program bantuan kerajaan yang terus dilaksanakan seperti bantuan kewangan tunai dan subsidi," katanya. - DagangNews.com