BTC USD 49,089.4 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cukai GST sekitar 4%

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

‘‘Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.

‘‘Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

Dalam perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Husni buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.

Ia mendapat halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah pembentangan itu dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang yang belum dibahaskan.

Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolak bantahan Manoharan itu.

Bacaan kali kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac.

GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Messages
25,324
Paid Membership
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,324
Reaction score
558
Points
176
‘‘Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

apa menang2nye...kos sara hidup rakyat tetap naik mendadak....
 

pedagang cyber

Active+ Member
Messages
2,961
Joined
Mar 28, 2007
Messages
2,961
Reaction score
19
Points
25
cukai ni baik utk kjaan lepas ni boleh la lancarkan projek mega nak bagi makan kat makaroni.
 

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Dah tahu dah pasal 4%, 6 bulan test implement... habis la korang semua... dengan harga barang naik ditambah dengan cukai....adehh
 

chip555

Active Member
Messages
2,405
Joined
Dec 3, 2007
Messages
2,405
Reaction score
256
Points
51
strategy b0doh dari orang kurang bijak....... :-?
 

kapandikapan

Active Member
Messages
1,293
Joined
Sep 29, 2011
Messages
1,293
Reaction score
4
Points
25
Weh? Apakah ini? Tahun bila punya berita ni?

Korek! Korek!
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Messages
25,909
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Siapa punya kerja korek ni?

Tak tahu pulak asalnya cuma 4%, dah tu camne dia naik jadi 6% pula. Formula kena ubah untuk cukupkan kutipan nak bayar hutang 1MDB kot.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register