BTC USD 84,351.8 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cukai Dividen 2%: Populis, Tapi Rugikan Negara

redknight

Junior Member
Messages
87
Joined
Mar 25, 2011
Messages
87
Reaction score
21
Points
11
Cukai dividen 2% untuk dividen melebihi RM100k dalam Bajet 2025? Satu lagi idea populis yang bunyinya sedap di telinga, tapi hakikatnya makan diri.

Katanya, "maha kaya" yang terima dividen besar-besar patut bayar lebih cukai. Bunyi adil, kan? Tapi, realitinya ini strategi yang boleh merosakkan ekonomi negara dan rakyat.

Malaysia Dah Cukai Tinggi, Nak Tambah Lagi?
Cukai korporat kita sudah tinggi berbanding jiran-jiran ASEAN. Hong Kong dan Singapura langsung tak kenakan cukai dividen. Itu sebab mereka jadi pilihan utama pelabur.

Pelabur Malaysia? Melabur Luar Lagi Untung!
Ironinya, pelabur Malaysia dikecualikan cukai dividen untuk pelaburan luar negara. Tapi kalau melabur dalam negara sendiri? Kena cukai. Logik ke ni? Atau memang galakkan pelabur kita sendiri tinggalkan Malaysia?

Cukai Untuk "Maha Kaya" atau Rakyat Biasa?
Konon sasar "maha kaya". Tapi realitinya, cukai ini hanya dikenakan kepada penerima individu, bukan syarikat induk. "Maha kaya" biasanya guna syarikat induk untuk terima dividen. Dan ya, cukai dividen untuk syarikat induk? Zero.

Yang kena? Pemilik SME dan pelabur kecil-kecilan unit amanah. Oh, ini golongan "maha kaya"? Lawak betul.

Tiga Kali Cukai Untuk Pendapatan Sama
Pemilik SME pula paling teruk kena:
- Untung syarikat, kena cukai korporat.
- Bayar dividen, kena cukai dividen.
- Laporkan dividen sebagai pendapatan, kena cukai individu pula.

Hasil Cukai Dividen? Macam Kacang
Hasil cukai ni? RM80 juta hingga RM110 juta setahun. Bandingkan dengan subsidi gula kerajaan: RM42 juta sebulan, atau RM504 juta setahun. Jadi, cukai ni sebenarnya nak buat apa?

Pelabur Lari, Ekonomi Merana
Cukai ini tak beri kesan kepada "maha kaya", tapi cukup untuk menakutkan pelabur asing dan tempatan. Malaysia jadi kurang menarik. Pasaran saham boleh merudum. Kesan? Pendeposit PNB dan KWSP terkena bahangnya sebab harga saham jatuh.

Siapa rugi? Rakyat biasa juga. "Maha kaya"? Relax saja.

Formula Gagal, Negara Menanggung
Cukai dividen ini mungkin dapat kutipan kecil, tapi kerugiannya besar. Pelabur lari, ekonomi tersekat, dan akhirnya rakyat yang terbeban. Cukai populis ini bukanlah solusi, tapi jerat untuk negara sendiri.

-Lim sian see

1735979978189.png
 
Sponsored Post

Malaysia kan ada think tank...mesti dah fikir semua ni kan..
 
Teringat kata arwah Dato Maznah Iron Lady kalau dah kaya apa ada hal minyak naik harga barang naik sbb dah kaya yg maha kaya lagi ler tak terkesan sgt yg dok takuk B40 M40 ni yg merasakan T20 pun dah jadi T15 yg 5% tu agaknya dah turun pangkat dari maha kaya dah masuk golongan M40 kut jgn kecam makcik ni belajar ekonomi pun takat diploma jer itu pun bukan subject khusus. Tapi berpegang dgn kata2 biar tak pandai kira-kira(mathematics) asalkan pandai berkira(tahu merancang)
 
Teori ekonomi ala Robin Hood ni x kekal lama.

PMX kena buang imej terlalu memusuhi golongan mahakaya, dan acah2 pejuang rakgat bawahan, sbb negara ni memerlukan golongan mahakaya.

Dulu aku x nmpk rasional mengapa kerajaan terdahulu buat dasar projek mega, bail out syarikat2 kaya yg terkesan dgn kemelesetan ekonomi, sbb aku pun terpengaruh dgn momokan "kerajaan cuma jaga kroni".

Sedangkan hakikatnya melingkup mahakaya2 ni lagi teruk impak ekonomi kpd negara.

So kpd PMX, x payahlah jadikan mahakaya2 ni sbg musuh. Retorik bodoh tu dah x laku lg.
 
Perkara sama berlaku pada TH olih orang2 dan parti yg sama. Dulu dituduh gulungan jutawan kecil yg mengambil kesempatan dalam hibah tinggi yg diberi olih TH. Maka jutawan kecil ini pun keluarkan simpanan mereka dari TH dan akibatnya TH terpaksa menjual saham2 mereka untuk membayar jutawan kecik dengan jualan saham pada harga lambak. Orang2 yg hanya tahu teori ekonomi tapi tak tahu kesan pada ekonomi akan membahayakan ekonomi negara.
 
Masalahnya PMX tu tahu ke ekonomi?

In fact, aku sangsi dgn kesemua pimpinan2 parti yg pernah ada dlm BA dan PR dulu, akan kemampuan dan pengetahuan ekonomi mereka.

Cuma aku harap kpd org2 kerajaan yg merencana dasar2 ekonomi (think tank) lah yg bawa arah tuju ekonomi kita, bkn PMX sendiri.
 
sebb cukai mahakaya tak de la jurang sosioekonomi Malaysia jauh sgt

bayangkan berapa banyak untung da tauke2 sebelum gaji minima laksana

cukai mahakaya elok dibuat sebb mana3 negara maju mcm us pon ada cukai3 mcm ni
Jika betul2 target golongan mahakaya (aku percaya mahakaya ni dirujuk sbg Ultra rich) ok lah.

X salah aku definisi ultra rich oleh dunia luar adalah individu dgn nett worth USD30 juta (RM135 juta).

Jadi kalau kita x mahu ambil nilai equivalent USD tu, kita ambil nilai RM30 juta sbg nilai ambang pun dah ok.
 
ya sebb dividen 100k berapa rasanya jumlah investment org tu tuk dpt nilai dividen 100k????

jumlah simpanan/investment adalah rm 2juta kurg2 klu 5% pulangan

klu simpanan banyak tu rasa2 geng old money da ni
 
Cukai ni nmpk mmg bagus, tp bila difikirkan bracket cukai golongan ultra rich ni pun dh besar.

Jadi bagi aku, dari dok perkenal mcm2 jenis cukai, why not perkemaskan sistem cukai sedia ada, utk kurangkan tiris.

Ikutkan income tax utk ultra rich pun dh cukup tinggi, jika dorg x dpt lari dgn pelbagai helah, rasanya dah cukup utk tampung hasil cukai negara.

Mungkin perkenalkan semula GST, adalah the better option.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register