BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cukai baharu dijangka tambah RM16 bilion pendapatan kerajaan

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,874
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,874
Reaction score
1,748
Points
111
BH_seal_RED_noBH.png



Lain-lain (Bisnes)

Cukai baharu dijangka tambah RM16 bilion pendapatan kerajaan​

Oleh Mohd Zaky Zainuddin
Januari 6, 2025 @ 4:16pm
[email protected]
facebook sharing button

whatsapp sharing button

twitter sharing button

email sharing button

Komunikasi jelas pelaksanaan cukai adalah penting untuk memastikan kelangsungan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan  - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Komunikasi jelas pelaksanaan cukai adalah penting untuk memastikan kelangsungan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka menjana pendapatan tambahan sehingga RM16 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang, menerusi pelaksanaan inisiatif percukaian baharu dan peluasan cukai sedia ada, dengan anggaran memperoleh hasil tambahan sekitar RM7 bilion tahun ini.
Timbalan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Dr Mohd Fairuz A Razak, berkata langkah memperluaskan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST), cukai dividen, cukai minimum global (GMT), cukai perkhidmatan digital, cukai karbon serta cukai barangan mewah dapat meningkatkan hasil kerajaan serta menyelaraskan sistem cukai dengan keperluan ekonomi global.

"Peluasan skop SST yang bermula 1 Mei ini diunjurkan menyumbang hasil tambahan RM5 bilion apabila matang. Jika ia bermula Januari, ada potensi menjana pendapatan tambahan setahun antara RM5 bilion hingga RM7 bilion. Memandangkan ia bermula lewat, kita tidak tahu impaknya kerana ia memerlukan pelarasan kepada pengguna. Jumlah keseluruhan kutipan SST dijangka sekitar RM51.7 bilion pada 2025.
"Bagi GMT pula, kadar 15 peratus selaras piawaian Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) terhadap syarikat multinasional dengan pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta euro (RM3.5 bilion) dijangka menyumbang tambahan antara RM3 bilion hingga RM5 bilion.


"Untuk cukai karbon pula, ia bakal menjana potensi tambahan sekitar RM1 bilion hingga RM3 bilion pada fasa awal, bergantung kepada kadar cukai dan skop sektor yang terbabit, termasuk minyak dan gas, pembuatan, dan penjanaan tenaga," katanya kepada BH.
Peluasan skop SST dijangka merangkumi lebih banyak kategori perkhidmatan dan produk premium, termasuk makanan import mewah, selain perkhidmatan berasaskan yuran seperti khidmat guaman, pengurusan kekayaan dan perkhidmatan digital.
Mengulas lanjut, Mohd Fairuz berkata, pelaksanaan cukai barangan mewah atau Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) yang dijangka bermula 1 Mei dijangka menjana sekitar RM750 juta hingga RM1 bilion kepada pendapatan tambahan kerajaan apabila ia benar-benar matang.
"Cukai dividen yang dikenakan pada kadar 2.0 peratus terhadap pendapatan dividen yang melebihi RM100,000 setahun, tidak termasuk dividen daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASB) dan dividen luar negara belum ada angka rasmi (hasil kutipan). Namun, cukai ini dijangka memanfaatkan golongan berpendapatan sederhana dengan mengecualikan pelabur kecil.

"Begitu juga dengan cukai perkhidmatan digital di mana platform terbabit merangkumi perkhidmatan langganan seperti Netflix, Spotify, serta e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Pelaksanaan cukai ini menyaksikan peningkatan harga langganan dan barangan import dari platform ini. Ia unik kerana Malaysia adalah antara negara ASEAN yang memperluaskan cukai ini secara menyeluruh," katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, wujud cabaran dalam pelaksanaan cukai baharu, termasuk kos kepatuhan memandangkan perniagaan perlu menyesuaikan sistem laporan kewangan mereka untuk mematuhi cukai baharu, terutama bagi SST dan GMT.
Katanya, pelaksanaan cukai seperti GMT boleh memberi tekanan kepada daya saing Malaysia jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Singapura dan Vietnam, manakala peluasan SST ke atas barangan premium mungkin meningkatkan kos hidup, walaupun barangan asas kekal dikecualikan.
"Kesan kepada Malaysia dalam konteks serantau pula membabitkan keberkesanan dasar, di mana negara kita mengambil pendekatan progresif dengan golongan kaya menyumbang lebih melalui cukai dividen dan SST ke atas barangan premium.
"Walaupun cukai baharu meningkatkan hasil kerajaan, Malaysia perlu menawarkan insentif bukan cukai (seperti infrastruktur moden dan kemudahan logistik) untuk kekal kompetitif.
"Cukai baharu dan langkah fiskal lain yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini adalah langkah penting untuk memperkukuh kewangan negara dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Bagaimanapun, pelaksanaan yang berhati-hati, disokong komunikasi jelas adalah penting untuk memastikan kelangsungan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan," katanya
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register