CUEPACS Mahu Kerajaan Ubah Nama Jawatan 'PA' Kepada Setiausaha Tadbir

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan menggunakan istilah 'Setiausaha Tadbir' bagi jawatan pembantu perbadi (PA) yang kini digelar 'Penolong Setiausaha Tadbir" berbanding mengubah nama kepada 'Setiausaha Pejabat'.

Presiden CUEPACS Omar Osman berkata menurut surat Pekeliling Perkhidmatan Awam 2009 No.27, jawatan 'Pembantu Peribadi' telah dikuatkuasakan pada 1 Jan tahun ini tetapi belum dilaksanakan.

"Oleh itu, kami akan mengadakan pameran bergerak dan akan meminta semua ahli-ahli negeri memberi taklimat mengenai perkara tersebut," katanya pada sidang media selepas memberi taklimat mengenai perkara itu kepada kira-kira 200 petugas awam di sini pada hari Ahad.

"CUEPACS akan membangkitkan perkara ini dengan kerajaan. Ia akan dibawa kepada perhatian Ketua Pengarah Jabatan perkhidmatan Awam untuk pertimbangan," kata Omar.

Katanya terdapat kira-kira 5,000 pembantu peribadi dalam sektor perkhidmatan awam di seluruh negara.
 
Top
Log in Register