Cuepacs lapor syarat pegawai merokok tak naik pangkat

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan ada ketua jabatan dan agensi kerajaan pada peringkat negeri mengenakan syarat pelik apabila tidak membenarkan pegawai merokok naik pangkat mengikut skim Khas Untuk Penyandang (KUP), berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Presidennya, Omar Osman, berkata beliau menerima aduan pegawai yang memenuhi syarat naik pangkat mengikut skim itu seperti ditetapkan Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tetapi tidak layak menikmatinya kerana merokok.

“Kita anggap ini syarat gila kuasa. Ketua jabatan dan agensi kerajaan jangan menganiaya kakitangan bawahan dengan mengenakan syarat tidak munasabah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sempena Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat KUP bagi pegawai kumpulan sokongan yang sudah berkhidmat melebihi 15 tahun.

Omar berkata, pihaknya kesal dengan tindakan ketua jabatan dan agensi terbabit kerana JPA menerusi surat pekelilingnya sudah menetapkan syarat jelas untuk diikuti dalam menaikkan pangkat kakitangan mereka mengikut skim itu.

Katanya, selain perlu berkhidmat lebih 15 tahun dan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lalu, kakitangan juga perlu lulus tahap tiga Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

“Mereka juga tidak disabitkan dengan kesalahan tata tertib iaitu dengan mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin dan dicadangkan ketua jabatan masing-masing.

“Jadi, jangan membebankan mereka yang layak dengan pelbagai syarat pelik. Ada di antara kakitangan terbabit sudah berkhidmat dalam gred sama antara 25 hingga 30 tahun tanpa merasai nikmat kenaikan pangkat,” katanya.

Omar berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada semua Setiausaha Kerajaan Negeri, selain turut memaklumkannya kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berhubung pelbagai syarat dikenakan terhadap kakitangan itu.
 
Sponsored Post

C_Kenek

Super Active Member
Joined
Feb 23, 2008
Messages
5,123
Reaction score
58
Points
70
Ketua jabatan dan agensi kerajaan jangan menganiaya kakitangan bawahan dengan mengenakan syarat tidak munasabah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

yela dahla menganiaya diri sendiri ketua jabatan pun aniaya sama lagila susah. kesian perokok tegar tu dah la harga rokok asyik naik je
 

serai

Super Active Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
6,019
Reaction score
12
Points
65
xthu la ku nak kate pe..klu da name perokok tegar da x layan pown..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register