BTC USD 75,830.1 Gold USD 2,691.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuepacs bimbang perkembangan rasuah dalam kalangan penjawat awam

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
55,608
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
55,608
Reaction score
6,549
Points
881
Awards
1
Cuepacs bimbang perkembangan rasuah dalam kalangan penjawat awam

Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
A view of the sea
FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan jumlah 146 daripada 406 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh Januari hingga Mac lalu adalah penjawat awam pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional serta petugas sokongan sebagai membimbangkan.

Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, ini disebabkan ia membabitkan peringkat tertinggi dan mereka juga kebiasaannya mengambil rasuah dengan angka yang besar.

Katanya, dengan pembabitan penjawat awam peringkat tertinggi seterusnya memberi kesan tidak baik kepada negara.

"Salah satunya, pelabur mungkin berkurangan nak masuk jika kadar rasuah ini tinggi. Selain itu, ia juga memberi kesan kepada penjawat awam lain.

"Orang awam akan berasakan penjawat awam ini tidak bagus," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dilaporkan, sumber SPRM berkata, mereka yang ditahan kerana terbabit kegiatan rasuah itu ialah seorang penjawat awam memegang jawatan pengurusan tertinggi, 50 kakitangan pengurusan dan profesional dan 95 petugas sokongan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berpandangan, wang rasuah yang diberikan itu boleh menyebabkan penjawat awam lupa diri walaupun ada yang mengambilnya kerana kesempitan hidup disebabkan kos sara hidup yang tinggi.

"Kebanyakan mereka baru berkahwin, baru dapat anak, baru beli kereta dan kena hantar anak belajar. Itu semua memerlukan duit.

"Jadi, pendapatan mereka cuma cukup makan. Itu salah satu penyebab mereka mengambil rasuah," katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut mencadangkan kerajaan mengadakan ceramah motivasi bagi menghindari kegiatan rasuah dalam kalangan penjawat awam.

"Ceramah motivasi ini perlu diadakan kepada kakitangan awam bertujuan untuk mengingatkan mereka. Ini kerana kadang-kadang mereka lupa," katanya.

Disiarkan pada: April 14, 2024 @ 1:31pm
 
Sponsored Post

ini semua kes2 zaman atok, abah & paklong yg dikorek. madani je bagus takde resuah. - walanon
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register