BTC USD 28,175.0 Gold USD 1,940.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cucu terpaksa simpan rahsia rumah terbakar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Nik Fauzi meninjau keadaan rumah datuknya yang terbakar selepas Subuh, semalam
< 1 / 1 >
BACHOK - Seorang cucu terpaksa merahsiakan rumah datuknya terbakar di Kampung Tok Burung kira-kira jam 6 pagi semalam, selama beberapa jam kerana bimbang datuknya terkejut.

Nik Fauzi Raja Ismail, 35, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana bimbang datuknya, Mat Dollah, 72, yang menghidap sakit jantung dan strok terkejut.

Menurutnya, ketika kejadian warga emas itu tinggal bersamanya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Sudah sebulan datuk tinggal bersama kami kerana bimbangkan masalah kesihatannya. Datuk amat sayangkan rumah pusaka itu dan memang sebelum ini dia tak pernah tinggalkan rumah itu.

“Tiga hari lepas datuk cakap dia tak sedap hati dan suruh saya jenguk rumah itu setiap hari.

“Ketika mendapat tahu kejadian itu saya segera ke sana tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Pada jam 11 pagi baharulah saya ceritakan kejadian itu dan bawa dia ke lokasi kebakaran,” katanya ketika di temui di tempat kejadian, semalam.

Nik Fauzi berkata, mereka merancang untuk menyewakan rumah itu 1 November ini namun tidak kesampaian.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Ab Razak Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 6.07 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

Beliau berkata, lima anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 6.51 pagi, manakala punca dan jumlah kerugian masih disiasat.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/cucu-terpaksa-simpan-rahsia-rumah-terbakar-1.329415
 
Top
Log in Register