underscore
Legendary Member
- Joined
- Sep 20, 2008
- Messages
- 11,493
- Reaction score
- 4,245
- Points
- 196
KANGAR 13 Dis. – Usaha seorang nenek menyelamatkan cucu perempuannya yang lemas akibat terjatuh ke dalam sungai, gagal, apabila Nor Ilia Qistina Nasrul Azam, 14 bulan, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Menurut Che Rani Hashim, 50, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Qistina yang baru pandai bertatih menuju ke arah titi simen yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya di Kampung Sungai Berembang, Simpang Empat, sebelum tergelincir ke dalam sungai.
Katanya, menyedari keadaan itu, dia terus berusaha menyelamatkan Qistina dan memaut tangan kiri cucunya sambil menggapai sebatang buluh yang terpacak di tengah sungai itu.
Bagaimanapun, menurut Che Rani, dia tidak dapat berbuat apa- apa kerana dia sendiri hampir lemas di sungai yang dalamnya kira- kira tiga meter itu.
‘‘Keadaan ketika itu sangat menyukarkan saya untuk terapung apatah lagi memikirkan keadaan cucu yang hampir lemas dan dalam keadaan panik.
‘‘Ketika itu saya sudah tidak mampu berbuat apa-apa kecuali meminta pertolongan dan seorang lelaki yang melalui kawasan itu membantu menaikkan saya dan Qistina yang lemah,’’ katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HTF di sini.
Menurut Che Rani, ketika kejadian, Qistina dan abangnya, Nor Iqbal Danial, 4, berada di luar rumah dan dia sendiri sedang menyapu kawasan halaman.
Dia mengakui terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan cucunya itu walaupun berjaya memautnya ketika berada dalam sungai.
www.utusan.com.my
bak kata pepatah, kalau takut baby jatuh sungai, jangan berumah di tepi pantai