balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
TAWAU - Cubaan kumpulan ekstremis dari selatan Filipina mewujudkan suasana tegang di Sabah merupakan perbuatan sia-sia dan tidak memberi manfaat kepada etnik Suluk tempatan di negeri Sabah.
Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd. Zaki Harry Susanto berkata, tindakan mereka yang cuba menggugat kedaulatan negara telah memberi implikasi buruk kepada warga Malaysia berketurunan Suluk.
Beliau berkata, etnik Suluk tempatan khususnya di Sabah perlu bijak membuat penilaian dan tidak mudah terpengaruh dengan usaha memesongkan pemikiran oleh kumpulan ekstremis itu.
“Kita harus bersyukur kerana menjadi rakyat dan warganegara di Malaysia. Dibandingkan dengan kehidupan di selatan Filipina, etnik Suluk di Malaysia jauh lebih baik dan sejahtera.
“Nampaknya mereka mencemburui kesejahteraan kita dan cuba merosakkan nama baik kita dengan merosakkan imej etnik Suluk tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama