akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,556
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,556
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Cubaan seludup masuk 7.1 tan karkas babi dari Thailand gagal
Oleh Siti Rohana Idris
A view of the sea
Sebanyak 7.1 tan karkas daging khinzir bernilai RM106,500 yang dimuatkan dalam sebuah lori kontena yang dibawa masuk dari pangkalan haram dirampas di Chabang Empat. FOTO IHSAN JKDM
Tumpat: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 7.1 tan karkas daging khinzir yang dimuatkan dalam sebuah lori kontena dengan anggaran nilai RM106,500 di Chabang Empat, di sini.
Rampasan pada awal pagi Rabu lalu itu turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia sekitar 40-an yang juga pemandu lori terbabit.
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, Pasukan Marin Kastam Penguatkuasaan Pengkalan Kubor mengesan kenderaan berat itu pada jam 1.30 pagi di Pengkalan Kubor sebelum mengekori.
"Sebaik tiba di Chabang Empat, pasukan kami menahan kenderaan itu dan pemeriksaan di dalamnya menemui 7.1 tan karkas daging khinzir yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand.
"Nilai barangan itu dianggarkan RM106,500 manakala cukai pula sebanyak RM42,600," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Wan Jamal berkata, karkas daging khinzir itu dibawa masuk menerusi pangkalan haram di Pengkalan Kubor menggunakan bot galah dan ia dipercayai untuk pasaran Lembah Klang.
Menurutnya lagi, siasatan masih dijalankan terhadap pemandu yang ditahan bagi mengenalpasti pemilik sebenar barang dagangan yang dirampas itu.
Disiarkan pada: August 4, 2024 @ 7:00pm