akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,541
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,541
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Cubaan seludup 800kg beras Siam gagal
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Rampasan pertama berjaya dibuat oleh Batalion 8 PGA di pangkalan haram
Jeram, Rantau Panjang.
KOTA BHARU - Tindakan penyeludup membawa masuk 800 kilogram (kg) beras Siam untuk dipasarkan di negara ini gagal apabila perbuatan tersebut berjaya dipatahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Bakti menerusi Op Taring Wawasan di dua lokasi berasingan di Tumpat dan Rantau Panjang pada Sabtu.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan pertama berjaya dibuat oleh Batalion 8 PGA di pangkalan haram Jeram Perdah, Rantau Panjang pada jam 9 pagi.
"Semasa menjalankan tugasan anggota melihat sekumpulan lelaki berada dalam keadan mencurigakan dan hasil serbuan mendapati mereka sedang membawa masuk beras dari negara jiran melalui Sungai Golok.
"Bagaimanapun kesemua suspek telah melarikan diri dan meninggalkan 400kg beras tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Batalion 9 PGA telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup 400kg beras menggunakan kereta Perodua Myvi di Kampung Jubakar, Tumpat sekitar jam 12 tengah hari.

Menurut beliau, nilai semua rampasan tersebut ialah RM1,668 dan kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras.
Dalam perkembangan sama, Nik Ros Azhan memberitahu Batalion 9 PGA telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup 400kg beras menggunakan kereta Perodua Myvi di Kampung Jubakar, Tumpat sekitar jam 12 tengah hari.
Ujarnya, rampasan dilakukan apabila pihaknya ternampak sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan, bagaimanapun suspek telah meloloskan diri dengan meninggalkan kenderaannya di tepi jalan.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa guni beras yang dipercayai untuk dipasarkan ke pasaran tempatan dan anggaran keseluruhan rampasan ialah RM21,600.
"Kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras," katanya.

KOTA BHARU - Tindakan penyeludup membawa masuk 800 kilogram (kg) beras Siam untuk dipasarkan di negara ini gagal apabila perbuatan tersebut berjaya...
www.sinarharian.com.my