BTC USD 48,996.5 Gold USD 1,701.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cubaan ragut wanita sewaktu SJR, suspek jatuh selepas rempuh pintu lori

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,608
Reaction score
2,024
Points
201
Cubaan ragut wanita sewaktu SJR, suspek jatuh selepas rempuh pintu lori
Cubaan ragut wanita sewaktu SJR, suspek jatuh selepas rempuh pintu lori

GOMBAK: Cubaan dua lelaki bertindak nekad meragut seorang wanita berhampiran sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi Jumaat ketika mangsa berusia 32 tahun itu sedang berada di dalam kenderaannya sewaktu melalui satu sekatan jalan raya.

Bagaimanapun, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki tempatan secara tiba-tiba datang dan memecahkan cermin kenderaan mangsa di sebelah bahagian penumpang.

"Suspek kemudian telah mengambil beg tangan pengadu dan terus melarikan diri. Pengadu kehilangan dokumen penting dan wang tunai RM90.

"Sejurus suspek memecahkan cermin kereta pengadu, sebuah lori bersebelahan kereta pengadu yang nampak kejadian telah bertindak membunyikan hon disusuli beberapa pemandu kenderaan lain turut membunyikan hon.

"Ketika suspek cuba melarikan diri dengan motosikal, suspek terjatuh apabila motosikalnya terlanggar pintu sebuah lori yang mana seorang pemandu lori telah bertindak membuka pintu untuk menghalang suspek dari melarikan diri," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan oleh beberapa orang awam sebelum menyerahkan kepada anggota polis bertugas di sekatan jalan raya kira kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Hasil siasatan mendapati motosikal digunakan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan hilang di Taman Melawati.

"Pemeriksaan ke atas dua beg bimbit suspek telah menjumpai dua kad pengenalan orang lain. Semakan mendapati terdapat laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua penama tersebut di kawasan Sentul dan Brickfields pada 22 Januari 2021.

"Dimana kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu memecahkan cermin kereta.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan empat kes jenayah yang berlaku di daerah Gombak dan di Kuala Lumpur setakat ini," katanya lagi.

Pemeriksaan lanjut mendapati, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 24 dan 28 tahun itu direman selama lima hari sehingga 27 Januari depan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,856
Reaction score
589
Points
121
Baik punya taktik driver lori ni.
Patutnya lepas jatuh tu gilis dulu sikit kaki dia.
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,495
Reaction score
387
Points
46
Cubaan ragut wanita sewaktu SJR, suspek jatuh selepas rempuh pintu lori

"Ketika suspek cuba melarikan diri dengan motosikal, suspek terjatuh apabila motosikalnya terlanggar pintu sebuah lori yang mana seorang pemandu lori telah bertindak membuka pintu untuk menghalang suspek dari melarikan diri," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
unsung hero ..
 

cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,371
Reaction score
116
Points
33
yg baju hijau sama pulak tu dgn baju aku
hahahaha
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,383
Reaction score
538
Points
121
Saja nk menyerah la tu meragut dkt SJR
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,495
Reaction score
387
Points
46
awat tak gari ? lau setakat pegang bahu ( depan ). anytime leh lari .. mungkin peragut tu dah lemah dibelasah ,jatuh motor..
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,297
Reaction score
1,884
Points
206
ini penjenayah yg tak cerdik... ragut kek tompek org ramai memang lah buleh pekdoh

belajarlah dpd movie italian job & oceans 11,12,13... jadilah penjenayah yg cerdik sikit ekekekkeke
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,249
Reaction score
2,625
Points
206
ni mesti ada makan dadah sebelum buat kerja.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,475
Reaction score
12,256
Points
2,376
SAMUN | Cubaan Samun Wanita Berhenti Di SJR Gagal

Dua penjenayah yang melakukan samun ke atas sebuah kenderaan sedang berbaris di sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak arah ke bentong berjaya ditangkap.

Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal pada mulanya memecahkan cermin bahagian tempat penumpang hadapan sebuah kenderaan dipandu seorang wanita berusia 32 tahun dan melarikan beg tangan mangsa.

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,371
Reaction score
1,555
Points
201
Ni penjenayah da nekad tak pikir
 
Sponsored Post
Top
Log in Register