BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Cubaan memotong berakhir tragedi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,282
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,282
Reaction score
1,665
Points
201
Cubaan memotong berakhir tragedi

GOMBAK – Cubaan sebuah kereta memotong kenderaan di hadapan sehingga memasuki laluan bertentangan akhirnya membawa padah apabila bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Ulu Yam, Batu 23 di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku pukul 8.06 pagi ketika sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dari arah Batu Caves sedang dalam perjalanan ke Ulu Yam.

“Ketika melalui kawasan kejadian, pemandu Mitsubishi Lancer berkenaan cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu turut melibatkan kereta Perodua Bezza dan sebuah kereta jenis Volkswagen yang mengakibatkan pemandu serta dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azman, pemandu Perodua Bezza patah pada bahu dan kaki manakala salah seorang daripada penumpangnya mengalami patah pada leher dan ketiga-tiga mereka kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Selayang.

“Pemandu Mitsubishi Lancer dan Volkswagen yang masing-masing berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori berusia 51 tahun pula luka di bahagian kaki.

“Semua pihak yang terlibat telah membuat laporan polis kecuali mereka yang menaiki kereta Perodua Bezza kerana masih mendapatkan rawatan di hospital dan siasatan berhubung kejadian dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang kejadian kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Jalan Ulu Yam yang dirakamkan oleh kamera papan pemuka pengguna jalan raya tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, kelihatan tiga buah kereta dipercayai sedang ‘menguji jentera’ sebelum salah sebuah daripadanya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. -K! ONLINE

Video: Media sosial
 
Bawak lg mcm pund3k..nyusahkan org lain plak tu.
 
0:32

Lori

Steady jer lori tu.

Transformers agaknya :ROFLMAO:

39463.gif


Kereta2 tu semua rabak :ROFLMAO:
 
Sakitnya hati tgk pemandu2 camni yg nak tunjuk bagus.Kalau dia jer xpe,ni sampai melibatkan pemandu lain.
 
Dah terakam sila saman, mmg meracing kejenya
 
mujur bedepan ngan lori...
kalau disapunye geng beskal....haruuuu
 
pegi track la dh acah2 racer.. masuk dlm tu br tau jiwa cukup racer ke x
 
Back
Top
Log in Register