BTC USD 41,860.8 Gold USD 1,776.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Cubaan kali kedua rentas daerah dari Tanjung ke Bagan Seberang Perai

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,359
Reaction score
398
Points
91
FB_IMG_1627949715554.jpg
FB_IMG_1627949717602.jpg
FB_IMG_1627949719512.jpg
FB_IMG_1627949721613.jpg


Cubaan kali kedua untuk mamat ni rentas daerah dari Tanjung ke Bagan melalui laut gagal lagi nampaknya. Sebelum ni cuba berenang, petang semalam dia guna foam seperti naik bot.

Kelibat beliau disedari oleh pihak berkuasa yang segera membantu dia untuk naik ke bot bagi mengelakkan tragedi berlaku.


Foto : Mamu Jarum
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,963
Reaction score
2,199
Points
206
gigih sungguh... apo tujuan brader ni? klu sbb nk carik rezeki utk keluarga, eloklah pihak2 berkaitan bantu kasi bantuan @ kasi kojo

tapi klu lautan sanggup ku renangi sbb nk jumpo awek utk melepas rindu, baik xyah tolong ekekekekke
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,081
Reaction score
2,376
Points
201
Inspirasi dari org Indonesia tu ka
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,451
Reaction score
21,620
Points
1,671
Cuba rentas daerah kali kedua guna gabus

GEORGETOWN: Seorang lelaki dipercayai sekali lagi cuba merentas daerah dari bahagian pulau ke bahagian seberang negeri ini melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus styrofoam semalam.

Difahamkan tindakan lelaki itu dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di tengah laut sebelum diselamatkan dengan menaiki bot.

Kejadian itu tular di dalam media sosial apabila beberapa keping gambar dan video yang memaparkan tindakan lelaki tersebut meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna.

Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat.

Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.

Kejadian yang turut tular di dalam media sosial itu berlaku 14 Julai lalu selepas seorang lelaki berusia 28 tahun bertindak berani dengan berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari Georgetown untuk ke Seberang Perai.

Dia dilaporkan bertindak demikian untuk bertemu rakannya di bahagian seberang kerana tidak mempunyai surat untuk merentas daerah berikutan negeri ini masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun dalam kejadian pukul 6 petang itu, lelaki berkenaan terpaksa berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas PPSB. – UTUSAN ONLINE

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,451
Reaction score
21,620
Points
1,671
Malam2 la. Siang mmgla kantoi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register