BTC USD 86,430.1 Gold USD 3,040.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,937
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,937
Reaction score
1,398
Points
201
6140910821136515793_121.jpg


Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan

Georgetown: Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terbabit dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika pesawat terbabit dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang.

"Seorang penumpang mendapati individu tidak dikenali sedang membuka bagasinya. Pengadu segera memaklumkan perkara itu kepada kru penerbangan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.

"Hasil siasatan mendapati tiada barang berharga yang hilang, namun suspek ditahan untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan itu di Facebook hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan perintah reman terhadap suspek akan dimohon di Mahkamah Balik Pulau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.


Kredit ➡️ BERNAMA
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register