BTC USD 38,408.6 Gold USD 2,036.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuba sekat pengaruh Islam, China mahu hasilkan al-Quran versi Konfusianisme

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
45,680
Joined
Jun 17, 2007
Messages
45,680
Reaction score
5,914
Points
481
Awards
1
Cuba sekat pengaruh Islam, China mahu hasilkan al-Quran versi Konfusianisme


ORANG ramai menyertai protes membantah pembakaran al-Quran di Sweden di Kufa, Iraq pada Julai lalu. - AFP
BEIJING: Kerajaan China dilaporkan mahu menghasilkan kitab suci al-Quran dalam versi ‘Cina’ dengan menggabungkan nilai-nilai konfusianisme.

Pegawai kerajaan dan ahli akademik yang merupakan ahli Institut Pusat Sosialisme China yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Kerja Barisan Bersatu Parti Komunis didakwa ingin menghasilkan terjemahan baharu al-Quran menggunakan nilai Konfusianisme.

Cadangan itu diusulkan ketika kesemua pihak berkaitan berkumpul di Urumqi, Xinjiang pada penghujung Julai lalu.

Cadangan yang dirancang sejak 2018 itu sememangnya menyasarkan Xinjiang yang kebanyakan penduduknya merupakan etnik Uighur yang beragama Islam.

Sejumlah pemerhati percaya bahawa Parti Komunis mahu mengukuhkan pengaruh dan nilai Cina terhadap Islam di negara itu, selain enggan pengaruh asing menguasai China.

Pensyarah Pengajian Cina di Universiti Manchester, David Stroup berkata kepada agensi berita Jerman, Deutsche Welle (DW), kerajaan Beijing ingin mengetatkan kawalan terhadap kumpulan Islam dan mengambil langkah untuk menghapuskan ciri-ciri yang disifatkan terlalu asing dari tempat awam.

“Perkara itu boleh disifatkan sebagai usaha berterusan dengan membuang papan tanda awam dalam bahasa Arab atau melakukan perubahan kepada masjid yang mempunyai ciri-ciri Arab.

“Pada masa yang sama, kerajaan China boleh cuba mengetatkan kawalan langsung terhadap amalan akidah, terutamanya khutbah mingguan melibatkan para ulama,” katanya.

Turut senada adalah pakar sejarah di Universiti Negeri Frostburg, Haiyun Ma yang menyifatkan perkara tersebut sebagai xenofobia atau perasaan terlalu takut terhadap sesuatu.

Katanya, China akan berusaha sebaik mungkin untuk mengubah budaya bukan Cina agar bersesuaian dengan budaya negara itu.

“Dengan menekankan idea menghapuskan pengaruh asing, Parti Komunis mahu mencipta versi Islam Cina yang dipengaruhi ateisme,” ujarnya.
 
Sponsored Post

nampak tak.mcm.mana mereka nk hilangkan Al-Quran...
Mereka boleh mencuba, tp Allah dah jamin akan tetap memelihara kalam-Nya.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kamilah jua yang menjamin untuk menjaganya (daripada sebarang perubahan, penambahan atau pengurangan isinya),” ( surah Al-Hijr ayat 9).
 
Last edited:
Quran sebenar dlm dada
Bukan dlm kertas

Konfusianisme tu telah menyebabkan jepun maju ke depan dlm menepati masa dan kebersihan

Pak bilal syiah Azan 5x sehari pun semayang kelaut
Tandas kotor mcm india

Malu la sikit
Dari budaya menjadi ugama dn dari ugama menjadi perjalanan hidup maka sempurnalah mimpi kamu.....dn kamu akan bertemu kembali kepada asal
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register