akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,610
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,610
- Reaction score
- 6,736
- Points
- 881
- Awards
- 1
Penganggur cabul wanita dalam tandas diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Zulhisham Isahak2 January 2025
IMG-20250102-WA0099
Muhamad diperintahkan Mahkamah Majistret Kluang hari ini untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.
KLUANG – Mahkamah Majistret, di sini hari ini memerintahkan seorang penganggur yang didakwa mencabul seorang wanita dalam tandas awam di Laman Kreatif Kampung Melayu dihantar ke Hospital Permai bagi menjalani pemeriksaan psikiatri.
Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno selepas pertuduhan dibacakan semula terhadap tertuduh, Muhamad Sopor@Nasir.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 34 tahun didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 24 tahun dengan tujuan mencabul kehormatannya.
Tindakan itu didakwa dilakukan di tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, di sini, pukul 5.30 petang, pada 17 Disember lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman, jika disabitkan kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Lzylin Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 4 Februari ini sebagai sebutan semula bagi keputusan lengkap pemeriksaan psikiatri.
Terdahulu, tertuduh mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, di hadapan Hakim Mujib Saroji pada 19 Disember lalu.
Sebutan semula kes tersebut ditetapkan hari ini berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret.
Sebelum ini, portal ini melaporkan, seorang lelaki diberkas selepas disyaki mencabul seorang wanita dalam tandas awam di Laman Kreatif Kampung Melayu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Hussin dilaporkan berkata, kejadian berlaku pukul 5.20 petang, pada 17 Disember lalu membabitkan seorang peniaga wanita yang ingin menggunakan tandas di padang permainan itu.
Ujarnya, siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah namun ujian air kencing negatif daripada pengaruh sebarang jenis dadah.- MalaysiaGazzete

Tindakan itu didakwa dilakukan di tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu di sini pukul 5.30 petang, pada 17 Disember lalu.Tindakan itu didakwa dilakukan di tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu di sini pukul 5.30 petang, pada 17 Disember lalu.
malaysiagazette.com