BTC USD 95,769.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuba rogol peniaga dalam tandas awam, penganggur ditahan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,610
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,610
Reaction score
6,736
Points
881
Awards
1
Tarikh: 17/12/24.
Hari. : Selasa
Masa. : 5.30 pm
Tempat: Laman Komuniti Kg Melayu,Kluang.

Mengikut cerita :
Wanita tersebut ingin masuk ke dalam tandas dah suspek terus masuk dalam tandas wanita itu dan ingin mencuba ugut wanita tersebut agar diam dan bila wanita tersebut ingin keluar terus ditutup pintu .

Wanita tersebut menjerit minta tolong dan ada beberapa orang terdengar dan datang ingin menolong..


Kemudian polis dipanggil.

Bahasa ucapan suspek ada bahasa pantai barat.

Tujuan : Merogol

#whatsapps group kluang


6271566487944806941_121.jpg

6271566487944806942_121.jpg


Cuba rogol peniaga dalam tandas awam, penganggur ditahan

KLUANG - Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai cuba merogol seorang peniaga wanita di dalam tandas awam di Laman Kreatif, Kampung Melayu di sini, pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian jam 5.20 petang itu membabitkan mangsa berusia 24 tahun.

"Ketika masuk ke dalam tandas itu, mangsa mendapati satu tandas pintu bertutup. Mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan ingin menggunakan tandas.

"Bagaimanapun, ketika mangsa mahu masuk ke dalam tandas hadapan, tiba-tiba suspek keluar dari tandas belakang dan menyuruh mangsa diam.

"Apabila mangsa mahu keluar dari tandas itu, suspek terus mengunci pintu tandas dan menghalang pintu tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Bahrin, mangsa kemudian bertindak menjerit meminta bantuan tetapi suspek mendekatinya sebelum mangsa terjatuh.

"Suspek seterusnya menindih badan mangsa dalam keadaan mukanya diletakkan di dada mangsa.

"Tangan kiri suspek merangkul pinggang mangsa manakala tangan kanannya pula menekup mulut wanita berkenaan.

"Mangsa berasa takut lalu mengigit tangan suspek dan mencakar mukanya. Mangsa sempat melarikan diri keluar dari tandas dan meminta bantuan," ujarnya.

Bahrin berkata, kejadian itu dilaporkan oleh orang awam dan bertindak atas maklumat, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan suspek di tandas awam berkenaan.

"Suspek berusia 34 tahun itu mempunyai sembilan rekod jenayah dan dadah. Mahkamah Majistret Kluang membenarkan suspek direman selama empat hari bermula Khamis

"Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.
 
Sponsored Post

bahana vieo melayu lucah yg bersepah dalam telegram....


uishh??
Ada ke???

Selalu tengok Scammer
& Sifu2 forex yg popular dlm telegram

ni dah lucah melayu pulak?

cepat la MCMC buat kerja...jangan tidor je!
budak2 pun senang sgt nak tengok klu dlm sos med ni
payah nak pantau
kena MCMC yg sekat semua
buat kerja la oii
 

‘Dia masuk bilik air saya, saya pula disalahkan’​

WhatsApp-Image-2024-12-19-at-11.42.43.jpeg


KLUANG – “Saya minta kurangkan wang jaminan kerana masih mentah dan mata kanan lebam kerana ditumbuk oleh wanita itu. Dia yang masuk bilik air saya, saya pula yang disalahkan.”

Demikian luahan balas Mohamad Sopor Nasir, 34, apabila ditanya Hakim Mujib Saroji ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kluang hari ini.

Mengikut Pertuduhan, Mohamad Sopor didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul seorang wanita di dalam tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, di sini pada pukul 5.20 petang 17 Disember 2024.

Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Suniza Nan Yan yang mengendalikan pendakwaan kemudiannya menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang jaminan dan memohon 12 Januari 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan dikekalkan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 2 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis selepas dipercayai mencabul seorang wanita didalam tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, Kluang pada pukul 5.20 petang.-KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register