BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuba hulur wang, tapi yang dapat surat saman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,645
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,645
Reaction score
323
Points
141
polis-tolak-rasuah.jpg

Pemandu kereta menghulurkan wang kertas sebanyak 100,000 rupiah. - Kompas

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang anggota polis trafik menolak wang rasuah diberikan seorang pemandu bagi mengelak daripada disaman, lapor laman berita Kompas semalam.

Berdasarkan video kamera badan anggota polis bernama Inspektor Dulyani, dia dilihat menghentikan sebuah kereta berwarna hitam sebelum memeriksa dokumen perjalanan kenderaan tersebut.

Daripada hasil pemeriksaan, nombor plat kereta didapati dipasang tidak mengikut peraturan, manakala cukai jalan kenderaan itu telah tamat tempoh.

Pemandu berkenaan kemudian dilihat mengeluarkan wang sebanyak 100,000 rupiah (RM25) dan menghulurkannya kepada Dulyani agar dirinya tidak disaman.

Polis trafik tersebut bagaimanapun menolak wang suapan itu, sebaliknya memberi notis saman kepada pemandu berkenaan.

Selepas video itu tular di media sosial, Ketua Polis Trafik Polis Bogor, Asisten Komisioner Rizky Guntama berkata, beliau menghargai pendirian tegas pegawainya.

“Kami berharap semua anggota Unit Trafik Polis Bogor akan berusaha dengan tekun untuk berkhidmat kepada orang ramai dan menahan diri daripada menerima wang suapan. Pesalah lalu lintas akan tetap diberikan saman,” katanya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register