BTC USD 65,107.2 Gold USD 2,358.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuai Tarik Brek Tangan, Lori Rempuh Honda City Hingga Terbalik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,329
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,329
Reaction score
6,489
Points
916
Awards
1
03.01.2024 - Lori muatan besi yang ditinggalkan seketika oleh pemandunya, tiba-tiba mengundur dan merempuh kereta di sebuah stesen minyak di Manjalara, Kepong, hari ini. Kejadian itu turut tular selepas rakaman video insiden itu dimuat naik di media sosial. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian dilapor 10.30 pagi, membabitkan lori jenis Hino dan kereta Honda City.

“Siasatan mendapati pemandu lori berusia 52 tahun memberhentikan kenderaan untuk pengisian bahan api di salah satu pam minyak di stesen berkenaan. Semasa meninggalkan lori dan menuju ke kaunter bayaran, secara tiba-tiba lori bergerak secara mengundur, lalu melanggar kereta yang sedang berhenti di persimpangan jalan berhampiran stesen minyak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Sarifuddin berkata, kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan kepada kedua-dua pemandu. Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 14(1) LN 165/59 iaitu kesalahan tidak menarik brek tangan dengan kemas. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.
1704279740002.png
 
Sponsored Post

3496.jpeg


KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak tarik brek tangan dengan kemas, sebuah lori muatan besi merempuh sebuah kereta jenis Honda City sehingga terbalik dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Manjalara, Kepong, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu berlaku pukul 10.30 pagi tadi.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku kemalangan semasa lori yang membawa muatan besi telah diletakkan di salah satu pam minyak untuk mengisi bahan api.

“Pemandu lori yang juga lelaki tempatan berusia 52 tahun meninggalkan kendaraannya untuk membuat pembayaran di kaunter.

“Dalam masa yang sama, lori tersebut telah bergerak secara mengundur ke belakang lalu melanggar kereta jenis Honda City yang berhenti di simpang jalan stesen minyak untuk memasuki jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sarifudin, kemalangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap kedua-dua pemandu dan orang awam.

“Kes diklasifikasikan di bawah Rule 14(1) LN 165/59 (Tidak tarik brek tangan dengan kemas),” ujarnya.

Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, orang ramaii yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register