Covid19 : BNM umum ansuran pinjaman bank ditunda 6 bulan mulai 1 April

CG Sponsors




tet

Active Member
Joined
Aug 30, 2012
Messages
2,383
Reaction score
501
Points
81
jap tn stillFX, dan tn tet, saya takde berniat langsung utk undermine sapa sapa masa post yg Afyan Mat Rawi

saya mohon maaf klu ternampak mcm saya undermine sapa sapa. honestly saya tak berniat langsung.

saya post yg Afyan Mat Rawi tu sebagai ilmu utk dishare misalnya klu ada sapa sapa pilih yg nak bayar mcm biasa, tu je.
saya mohon maaf, saya tak berniat apa apa



saya ingatkan ramai yg berpendirian pilih moratorium 6 bulan ni..
rupanya ada gak yg nak alternatif seperti bayar mcm biasa. tu saya letak posting dari yg Afyan Mat Rawi, sebagai ilmu, bukan terhad pada forumer cg sahaja, tapi juga pada semua netizen yg surf isu moratorium.


saya mohon maaf jika ada posting saya tu ada menyebabkan sapa sapa terguris, saya langsung tak berniat utk mengguris hati sesapa
Ehhh.. Xdak sero apo2 la kalu ngan @cek mek molek kito.....
 
Sponsored Post

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
16,998
Reaction score
2,905
Points
201
ramai yang masih dok berkira tentang duit.....

sedikit yang berfikir untuk belajar ilmu survivor dan persediaan untuk survivor.....

dan masih ramai tidak nampak apa yang berlaku ini mungkin akan membawa dunia ke arah suatu yang lebih teruk....

cuba lah untuk belajar bagaimana untuk survivor...

aku bg sedikit gambaran...jika permintaan melebihi pengeluaran...percaya lah....kadar inflasi akan meningkat...

di waktu itu...orang sanggup bayar mahal untuk barang keperluan...dan duit yang bertimbun pun dah tak ada nilai bila mana untuk mendapatkan sesuatu barang itu memerlukan nilaii yang amat tinggi....

jangan kecam aku...sekadar beri gambaran...jika situasi ini akan berlaku....
 

myrayyan

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
10,810
Reaction score
41
Points
130
pada aku plak kalau bank nak pulangkan semula payment utk 6bln pun terima jelah..ade beberapa org rakan aku jumpa ckp "ak nak continue byr lah rugilah"..pada aku terima ajelah loan cuma extend 6bln jer yang ko dok overlap loan2 tiap2 tahun kmdn extend lagi setahun xnak plak kira rugi. anggap sbg saving 6bln, pandemic ni xtau kesudahan n bila akan berakhir..mcm PM ckp yang penting ade makanan atas meja.
 

asx23

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,206
Reaction score
470
Points
41
kalau sy la,
duit 6 bulan tu ambil dan simpan cash buat sementara waktu dan beli apa2 keperluan utk tampung keluarga ketika wabak ni.

lupakan sale lazada, shoppe, wowshop, goshop, cjshop dan lain2.

Nak survive kena ada persediaan juga. Persediaan tu ada kalanya memerlukan cash disaat genting.
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
16,998
Reaction score
2,905
Points
201
kalau sy la,
duit 6 bulan tu ambil dan simpan cash buat sementara waktu dan beli apa2 keperluan utk tampung keluarga ketika wabak ni.

lupakan sale lazada, shoppe, wowshop, goshop, cjshop dan lain2.

Nak survive kena ada persediaan juga. Persediaan tu ada kalanya memerlukan cash disaat genting.
lengkapkan dengan ilmu survivor....

ajar anak2 untuk makan hanya keperluan...hidup tanpa kehendak....hanya keperluan....

jangan bila dah tiba masa nya baru nak ajar...ini lah masa nya....

jika di hadapan berita gembira..alhamdulillah...kita tak rugi apa pun...

jika di hadapan sebaliknya....kita dah bersedia dari awal....

dalam keadaan begini..siapa yang hidup di kampung lebih baik dari di bandar...

jika siapa yang berada di bandar....ini lah masa nya untuk belajar survivor dalam bandar camna....

mungkin ini masa nya kita perlu belajar dari rakyat yang FAKIR bandar..bagaimana mereka boleh hidup...
 

Dspbullion

Junior Member
Joined
Dec 12, 2019
Messages
63
Reaction score
29
Points
16
Minta maap semua jika prtanyaan sy ad yg trguris
Sy just nk tuntut ilmu shje
Sbb ad rakan2 sy ksian asyik tnye kt group wassap tp xde org respon
Mntk maap juga tn Dspbullion
xperlu minta maaf tuan. kalau ada apa-apa penginraan yg mungkin tuan hendak tanya, saya beri tuan terus bagi mengelakkan perkara begini berlaku lagi.

insyaallah kalau saya tahu nak menjawab, saya jawab tuan.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
59,069
Reaction score
8,847
Points
1,746




Afyan Mat Rawi
3 jam ·

Antara hikmah yang tersembunyi di sebalik Covid-19 dan moratorium ini ialah ramai dah mula nampak perbezaan antara sistem perbankan Islam dan perbankan konvensional.

Saya sertakan beberapa screnshoot FAQ berkaitan moratorium yang dikeluarkan oleh BNM dan beberapa bank ini.

Bagi produk perbankan konvensional, kadar faedah akan meningkat seiring masa 6 bulan moratorium yang berjalan.

Manakala bagi produk perbankan Islam pula tidak ada pertambahan keuntungan bank dalam tempoh tersebut. Baki hutang pokok dan keuntungan bank tetap sama, cuma tempoh hutang bertambah 6 bulan.

Apapun, rakan-rakan boleh merujuk kepada bank masing-masing. Setiap bank dan produk, mungkin ada perbezaan praktis untuk moratorium ini.

Jika ada maklumat bank-bank lain boleh kongsikan di ruangan komen.

Yang saya jumpa ini ialah dalam website BNM, Public Bank dan Maybank.

Afyan Mat Rawi

1585278714475.png

1585278722934.png

1585278732924.png

1585278752134.png



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
59,069
Reaction score
8,847
Points
1,746




Afyan Mat Rawi
59 min ·

Ada seorang rakan bertanyakan pandangan tentang kesempatan melabur dalam saham apabila dapat wang lebihan daripada moratorium dan pengeluaran KWSP.

Katanya dia terbaca nasihat tentang pelaburan saham yang sekarang harga sedang rendah dan berpotensi untuk pulih dan harga naik.

Ini antara nasihat saya kpd beliau yang boleh saya kongsikan kepada umum

1. Tiada masalah untuk orang yang mempunyai pengalaman melabur saham untuk ambil kesempatan wang lebihan tersebut untuk melabur ke pasaran saham. Boleh praktis "Buy low, sell high".

2. Tapi jika baru nak mula, baru nak belajar, akan ada masalah besar jika masuk pelaburan saham hanya dengan persediaan modal. Modal bukan segala-galanya dalam pelaburan. "Buy low, sell high" booth bertukar jadi "buy low, sell lower".

3. Pelaburan saham adalah pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi berbanding unit trust, fix deposit, simpanan bank, malah KWSP sendiri. Berdasarkan kenyataan CEO KWSP beberapa tahun lepas, hanya 1 daripada 5 orang yang keluarkan wang dari dana persaraan itu mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada KWSP.

4. Dalam mana-mana pelaburan, selain daripada modal, kita juga perlu bersedia dari sudut ILMU dan EMOSI. MODAL ialah kenderaan, ILMU perlu untuk memandu kenderaan, EMOSI untuk tentukan bila perlu laju, bila perlu slow down, bila perlu break. Bukan kena lajuuuuuu je setiap masa.

5. Analogi mudahnya begini. Jika simpanan itu ibarat menaiki basikal, pelaburan itu ibarat menaiki motosikal. Orang yang tak pandai nak baikal, tentu sukar untuk menaiki motosikal walaupun motosikal lebih laju dan lebih cepat sampai berbanding basikal. Tapi motosikal lebih berisiko malah ada orang mati disebabkan kemalangan motosikal berbanding kemalangan basikal.

6. Faham tak analogi di atas? Tak faham, saya bagi analogi kereta pula. Antara kereta Viva dan kereta racing, mana lagi laju? Sudah tentu kereta racing. Nama pun racing. Tapi kalau kereta racing tu diberi kepada orang yang baru belajar naik basikal, berapa jauh dia ia boleh pergi? Berbanding dengan kereta Viva, dibawa oleh Michael Schumacher, berapa jauh ia boleh pergi? Agak-agak kalau Viva diberi kepada Michael Schumacher, lumba dengan kereta racing dipandu oleh budak yang baru belajar naik basikal, siapa menang? Tuan-Puan pun tahu jawapannya.

7. Jika faham analogi-analogi di atas, mudah nak faham mesej yang ingin saya sampaikan. Melabur tanpa ilmu, umpama budak sekolah ambil kunci start motor ayah dia terus bawa ke highway untuk racing. Berisiko tinggi untuk kemalangan dan meninggal.

8. Boleh mula melabur ke unit trust, yang secara relatifnya lebih rendah risiko berbanding saham. Tapi perlu juga dengan ilmu sebab ada risiko. Atau paling selamat, letak dulu di Tabung Haji atau ASB. Tiada risiko modal berkurangan dan jangan harap pulangan besar.

9. Kalau betul nak melabur dalam saham, mulakan dengan pelaburan ilmu. Ia pelaburan yang tak pernah rugi jika dipraktikkan. Boleh ambil masa cuti sebegini untuk belajar secara online.

10. WAJIB cari guru dan mentor yang ada pengalaman melabur dalam saham, untuk minta tolong dia ajar atau laburkan. Macam kita nak belajar bawa kereta tadi, mesti la kena ada cikgu memandu yang ajar memandu.

11. Saya sendiri melabur ke dalam pasaran saham dengan bantuan pengurus dana (fund manager) yang berlesen. Kalau berminat, saya boleh rekomen. Tapi kosnya tak sama dengan dengan labur sendiri. Analogi mudah, naik kereta sendiri dengan naik Grab tentu kosnya berbeza. Naik kereta sendiri, pandu sendiri, isi minyak sendiri, bayar ansuran sendiri, urus maintenance sendiri. Tapi kalau guna Grab, kita bayar sekali dan pemandu bawa kita ke destinasi yang dituju. Sambil naik Grab, kita boleh main handset, tidur dan sebagainya.

Faham dok ni?

Afyan Mat Rawi,
Besut, Terengganu.

 

lelabah

Active+ Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
4,739
Reaction score
545
Points
81
View attachment 221293Alhamdulillah. nampaknya angkasa pun dah turut serta . semoga semua selamat
Angkasa menurut je apa yang bank bagitau sbb dia sebagai kemudahan medium potongan. Bank pul;a mmg arahan jelas daripada bank Negara. Tang koperasi tu pula, kalau ada koperasi yang minta angkasa tunda potongan 6 bulan, barulah angkasa bertindak.

Jangan digunakan duit ansuran tu selama 6 bulan. Simpan untuk masa2 sukar kita di masa depan. Ada hikmah setiap yang berlaku bagi orang2 yang berfikir.
 

oso050

Active Member
Joined
Feb 25, 2018
Messages
1,102
Reaction score
149
Points
43
pada aku plak kalau bank nak pulangkan semula payment utk 6bln pun terima jelah..ade beberapa org rakan aku jumpa ckp "ak nak continue byr lah rugilah"..pada aku terima ajelah loan cuma extend 6bln jer yang ko dok overlap loan2 tiap2 tahun kmdn extend lagi setahun xnak plak kira rugi. anggap sbg saving 6bln, pandemic ni xtau kesudahan n bila akan berakhir..mcm PM ckp yang penting ade makanan atas meja.
Bang..idsb tetap potong jgk ..atau ikut kata bnm
 
Sponsored Post
Top
Log in Register