Covid-19 COVID-19: Pesakit terjun dari tingkat 8, Hospital Queen Elizabeth I

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201
22bunuh_1603330388.jpg

Wanita ditemui maut selepas terjun dari tingkap 8 bangunan Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, malam tadi.- Foto Juwan Riduan

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, 9.15 malam tadi.

Wanita warga tempatan berusia 63 tahun itu dikatakan terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif COVID-19.

Katanya, selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dibenarkan keluar dari HQE I, hari ini.

"Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut punca mangsa membunuh diri.

"Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenalpasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan.

 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,127
Reaction score
116
Points
43
aik, lepas bebas covid lak dia terjun..
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,094
Reaction score
1,653
Points
206
walaupun bebas kobitnaintin tapi mgkn tak bebas dpd hutang2 sbb takdo kojo xdo income

kesian
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,929
Reaction score
1,692
Points
151
Kematian mengejut tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register