Covid-19: Kabinet setuju 'darurat'

CG Sponsors




chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,145
Reaction score
33
Points
30
Kabinet bersetuju dengan pelaksanaan "darurat" bagi menangani penularan Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

“Tunggu pengumuman,” kata seorang menteri yang enggan namanya didedahkan ketika dihubungi Malaysiakini.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.


Sementara itu, memetik sumber, The Malaysian Insight melaporkan perkataan “darurat” itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

“Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan Covid-19,” menurut sumber itu.

Malaysiakini difahamkan Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan.



Sementara itu, PN BBC Portal melaporkan kerajaan akan mengumumkan “darurat kesihatan” dalam tempoh terdekat bagi lebih tumpuan kepada usaha menangani isu penularan Covid-19.


Memetik sumber, portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) itu berkata Muhyiddin sudah mendapatkan pandangan polis, tentera, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Peguam Negara, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia bukan perintah berkurung dan mereka masih boleh keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan harian seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi SOP ditetapkan kerajaan,” katanya
 
Sponsored Post

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,081
Reaction score
58
Points
135
waah, dekat twitter pun trending doh ni
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,986
Reaction score
93
Points
80
kalau darurat kesihatan ni apa maksudnya? boleh sesiapa jelaskan ke.. xboleh keluar langsung jam 8pm-8am macam tu ke?
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,259
Reaction score
1,125
Points
201
parlimen bercuti selama 6 bulan... so mp pun dpt gaji free selama darurat..
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,740
Reaction score
631
Points
81
Jadi belanjawan tak perlu kelulusan Parlimen la kan...harap² tiada dah ketirisan perbelanjaan selepas ni
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,938
Reaction score
1,693
Points
151
Bawa bertenang
Bunyi aje mcm nak kiamat
Jgn ribut2

1603514180933.jpeg

1603514197149.jpeg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register