Covid-19 Covid-19 & Ekonomi Dunia |Hutang negara termiskin cecah AS$744 bilion tahun lalu

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201
America Is On The Brink Of A Major Bank Collapse! Be Ready For The Coming Apocalyptic End Game


 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201
Naikkan cukai pada firma kaut untung ketika pandemik - IMF

WASHINGTON: Kerajaan perlu menaikkan kadar cukai terhadap keluarga dan firma kaya serta mengelak perbelanjaan bagi melindungi budaya kerja lama.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dalam satu laporan pemantauan fiskal hari ini, menegaskan bahawa kerajaan perlu bijak menangani peningkatan permintaan menggunakan sumber sedia ada.

Ketika pelbagai negara bergelut dengan kemelut ekonomi akibat COVID-19, laporan itu turut menggesa penggubal dasar melabur pada projek yang mewujudkan pekerjaan seperti sektor infrastruktur dan tenaga hijau.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Fiskal IMF, Vitor Gaspar, dalam laporan yang dimuat naik di media sosial itu, berkata kerajaan di seluruh dunia menyuntik sekitar AS$12 trilion (RM49.8 trilion) pada ekonomi global sejak awal pandemik.

"Namun, sebahagian besar negara kini perlu melakukan lebih banyak dengan sumber yang terhad disebabkan kekangan belanjawan.

"Ketika pemulihan berterusan, penggubal dasar perlu lebih memilih dan mengelak daripada menghalang keperluan peralihan sektor kerja ketika kegiatan ekonomi kembali beroperasi," katanya.

Tambah beliau, sokongan perlu berubah secara beransur daripada melindungi budaya kerja lama, kepada memastikan orang ramai kembali bekerja.

Antara lain, beliau mengesyorkan pengurangan langkah seperti subsidi upah dan mengutamakan latihan supaya orang ramai boleh mendapat pekerjaan baharu.

Kadar faedah yang rendah dapat memudahkan pinjaman dan melonjakkan pelaburan awam, dengan mengekal serta mempercepat projek, yang boleh mewujudkan pekerjaan baharu selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Langkah seperti pemotongan cukai secara rambang mungkin tidak berbaloi dari segi kos dan hanya memberi kesan terhad bagi menggalakkan pertumbuhan dan pekerjaan, kata laporan itu.

Alternatif lebih baik adalah untuk memacu pelaburan berasaskan lebih banyak peluang kerja seperti penyelenggaraan atau pembangunan infrastruktur awam.

Dengan hutang awam menghampiri 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat (AS), kerajaan mungkin perlu memperkenal langkah meningkatkan pendapatan.

Antara lain, termasuk menaikkan tahap pematuhan cukai dan mengenakan kadar cukai progresif terhadap firma lebih berkemampuan, yang mungkin mengaut untung daripada pandemik ini, kata IMF.

"Pelaksanaan cukai pendapatan korporat untuk mengenakan kadar yang bersesuaian dengan keuntungan tinggi dalam ekonomi yang rancak berubah perlu dilaksana terhadap firma yang meraih keuntungan tinggi.

"Syarikat yang meraih keuntungan daripada krisis pandemik COVID-19 ini boleh membantu menyokong sektor yang memerlukan sumber kewangan," katanya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201
IMF, Bank Dunia gesa salur bantuan kepada golongan termiskin

WASHINGTON: Dua pemiutang ternama dunia menggesa supaya golongan kaya membantu kelompok miskin dalam menghadapi kemelut kehidupan, susulan penularan COVID-19 di pelosok dunia.

Gesaan itu disuarakan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika mengadakan mesyuarat tahunan semalam, antara lain menyarankan supaya kerajaan terus memperuntukkan dana bagi menangani kesan tempias krisis wabak berkenaan.

Pendekatan proaktif sedemikian diyakini berupaya membantu golongan usahawan dan mereka yang hilang pekerjaan, sekali gus mengekang berlaku keadaan meruncing angkara COVID-19 ketika ini menjadi bertambah buruk.

Krisis kesihatan awam yang melanda dunia bagaimanapun memberi 'tamparan' hebat kepada institusi kewangan berpangkalan di Washington yang sentiasa menekankan aspek perbelanjaan berhemah, memandangkan paras hutang korporat dan negara semakin melonjak.

Setakat ini, gesaan untuk memperuntukkan lebih banyak dana disahut pelbagai pihak, namun Ketua IMF, Kristalina Georgieva dan Presiden Bank Dunia, David Malpass, dilihat masih tidak berpuas hati dengan perkembangan itu.

Mereka sebaliknya mengingatkan pemiutang yang rata-rata berada dalam keadaan selesa, selepas beberapa mekanisme penyelesaian sebelum ini menunjukkan kejayaan.

Meskipun dibayangi kejayaan, IMF dan Bank Dunia menyarankan supaya pemiutang swasta serta China melipat gandakan usaha untuk membantu mengurangkan beban hutang dialami kebanyakan negara terdedah kepada risiko.

Georgieva berkata, krisis kewangan masih meruncing di kebanyakan negara walaupun pandemik itu sudah berlarutan sehingga sembilan bulan ketika ini.

"Kita masih bergelut dengan krisis yang mengorbankan jutaan nyawa ini dan menyebabkan ekonomi merudum, sekali gus mencetuskan isu pengangguran, lonjakan kadar kemiskinan serta risiko kehilangan generasi di negara berpendapatan rendah.

"Saya khuatir dengan langkah menarik balik sokongan kewangan kepada pekerja dan firma yang dilakukan secara pramatang, kerana ia berupaya mengundang risiko muflis serta meningkatkan kadar pengangguran," katanya.

Berdasarkan perangkaan semasa, IMF mengunjurkan penurunan berkadar 4.4 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, tahun ini, iaitu penyusutan lebih kecil berbanding unjuran pada Jun lalu.

Perubahan dalam unjuran itu tercetus berikutan suntikan dana yang disalurkan pelbagai kerajaan terhadap ekonomi domestik masing-masing, dengan nilai keseluruhan menjangkau AS$12 trilion.

Meskipun kadar pemulihan diunjurkan berada tahap 5.2 peratus tahun depan, ekonomi dunia dijangka mengalami kerugian output mencecah AS$28 trilion untuk tempoh lima tahun akan datang.

Seiring perkembangan dunia yang belum menyaksikan penghasilan vaksin dan penularan virus di kebanyakan negara, Georgieva memberi amaran semua negara bakal menghadapi situasi getir ketika menempuh jalan keluar daripada krisis.

"Jalan keluar daripada krisis ini akan sangat panjang, lama, sukar, tidak menentu dan sangat berisiko kepada pelbagai kesan negatif.

"Oleh itu, penggubal dasar disaran menaikkan kadar cukai, namun hanya terpakai kepada golongan kaya dan firma kaya, khususnya mereka yang mengaut keuntungan ketika pandemik ini."Semua pendapatan itu kemudian boleh diagihkan kepada sistem perkhidmatan kesihatan, latihan pekerjaan dan sokongan kepada rakyat yang memerlukan," katanya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201

THIS Shows Financial System Falling Apart Despite Mega Stimulus! Market Mania Fragility
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201

👉Wall Street is The Largest Gambling Casino in The World -- Economic Collapse ,Market Crash Looming!
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201
Malindo Air kecilkan operasi, kurangkan pekerja
Malindo_Airways_1603082489.jpg


KUALA LUMPUR: Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Air) akan beroperasi pada skala yang lebih kecil dan terpaksa mengurangkan sehingga 2,200 pekerjanya dalam usaha memastikan kelangsungan perniagaan ekoran impak COVID-19 ke atas industri penerbangan.

Sumber berkata, perkara itu sudah dimuktamadkan oleh pengurusan Malindo Air pada mesyuarat yang berlangsung Jumaat lalu.

Beliau berkata, ketika ini syarikat penerbangan tambang rendah itu mempunyai 3,200 pekerja memuktamadkan untuk mengekalkan hanya kira-kira 1,000 pekerja.

"Armada pesawat Malindo Air juga akan dikurangkan. Syarikat beroperasi dengan lima buah pesawat berkuasa jet merangkumi Boeing 737-900ER dan 737-800 serta enam pesawat turboprop ATR72-600.

"Syarikat juga meminta pekerja yang masih kekal melaksanakan bidang tugas berganda, bagi menampung kekurangan tenaga kerja.

"Tempoh akhir untuk pekerja yang terbabit dalam pemberhentian itu adalah pada 30 November ini," katanya kepada BH.

Malindo Air sebelum ini pernah mempunyai 5,200 pekerja telah menjalankan proses pembuangan pekerja tahun ini.

Ia juga telah mengurangkan lebih daripada 50 peratus kapasiti penerbangannya berbanding 2019.

Armada pesawat Malindo Air yang beroperasi sebelum ini adalah sebanyak 24 buah pesawat Boeing 737-800 dan enam pesawat 737-900ER serta 12 buah pesawat ATR 72-600.

Mac lalu, Malindo Air memindahkan pesawatnya kepada syarikat sekutunya Batik Air.

Pengurusannya juga telah melaksanakan beberapa langkah pengawalan seperti menggantung beberapa perkhidmatan, selain meminta penangguhan bayaran daripada operator lapangan terbang, syarikat pengurusan darat dan pembekal/vendor.

Ia juga meminta pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela, manakala pengurusan kanannya dipotong gaji sehingga 40 peratus.

Ketika awal penubuhannya, Malindo Air adalah syarikat penerbangan usaha sama antara National Aerospace & Defense Industries (NADI) dari Malaysia sebanyak 51 peratus kepentingan bersama Lion Group dari Indonesia (49 peratus).

Syarikat itu berpangkalan di Subang Skypark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagaimanapun pada 2017, NADI melupuskan keseluruhan kepentingan dalam syarikat penerbangan itu.

Ketika ini, pemegang saham utama Malindo Air adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy melalui Sky One Investors Sdn Bhd sebanyak 51 peratus, manakala Lion Group menguasai 49 peratus.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201
Cathay Pacific tutup anak syarikat, kurangkan 5,900 pekerja
HONG_KONG-CATHAY-COMPANY-AIRLINE_1603245725.jpg


HONG KONG: Cathay Pacific akan mengurangkan hingga 5,900 pekerjaan dan menutup anak syarikatnya, Cathay Dragon, kata syarikat penerbangan Hong Kong itu hari ini, menyertai senarai syarikat penerbangan yang semakin meningkat melakukan pemotongan ketika menghadapi pandemik COVID-19,

Di seluruh dunia, syarikat penerbangan terjejas akibat pandemik yang mengurangkan perjalanan antarabangsa dan mereka menghadapi musim sejuk yang panjang dan sukar selepas pemulihan dari krisis yang sangat diharapkan gagal menjadi kenyataan.

Semalam, Cathay menerbitkan rancangan penyusunan semula korporat yang akan menyebabkan ribuan kehilangan pekerjaan dan salah satu syarikat penerbangannya lenyap sepenuhnya.

Syarikat menyatakan 5,300 pekerjaan akan ditamatkan dalam kalangan pekerja yang berpangkalan di Hong Kong, dengan 600 lagi di luar negara - bersamaan 17 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya.

Cathay Dragon, anak syarikat yang melakukan penerbangan jarak jauh terutama di Asia, akan berhenti beroperasi.

Syarikat itu meminta kelulusan perundangan untuk menyerap laluan Dragon ke Cathay Pacific dan syarikat penerbangan tambang murah HK Express.

"Pandemik global terus memberi kesan buruk kepada penerbangan dan hakikatnya adalah kita mesti menyusun semula Kumpulan untuk terus bertahan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Augustus Tang dalam satu kenyataan.

"Kami harus melakukan ini untuk melindungi sebanyak mungkin pekerjaan dan memenuhi tanggungjawab kami kepada hab penerbangan Hong Kong dan pelanggan kami," tambahnya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201
REAL Wages Decline as Economy Worsens Despite Stimulus! Store Closures, Jobs Cuts


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201

China Heading To A Major Food Shortage! You Need To Get Prepared For Worldwide Starvation
 
Sponsored Post
Top
Log in Register