Covid-19 Covid-19 & Ekonomi Dunia |Bantuan kecemasan lebih besar diperlukan tangani pandemik

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
Jerman cadang beri rebat cukai pekerja bekerja dari rumah

FRANKFURT: Kerajaan Jerman semalam bercadang memberi rebat cukai kepada pekerja yang bekerja dari rumah ketika pandemik COVID-19, bagi meringankan beban membayar bil utiliti termasuk elektrik dan telekomunikasi.

Parti gabungan pimpinan Canselor Jerman, Angela Merkel, bersetuju dengan cadangan yang membolehkan pekerja mengurangkan bil cukai tahunan mereka sebanyak lima euro (RM24.4) setiap hari bekerja, sehingga jumlah maksimum 600 euro (RM2,927) setahun.

Menteri Kewangan, Olaf Scholz berkata, usul cadangan itu dijangka akan dipersetujui di Parlimen bulan ini kerana ia 'baik untuk pekerja' dan bukan mengakibatkan cabaran fiskal besar bagi negara Jerman.

Undang-undang cukai di Jerman sebelum ini hanya membenarkan rebat bagi bekerja dari rumah jika satu bilik di rumah digunakan secara eksklusif sebagai pejabat.

Namun, cadangan supaya undang-undang itu dilonggarkan berikutan berjuta-juta pegawai dan kakitangan pejabat di negara itu diminta bekerja dari rumah untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Pengiraan oleh Institut Ifo Kajian Ekonomi di Munich, menunjukkan bahawa sekitar 56 peratus pekerja bekerja dari rumah buat sementara waktu.

"Undang-undang sedia ada dilihat tidak sepadan dengan norma baharu dunia pekerjaan ketika ini.

"Cadangan mengurangkan pemotongan cukai adalah jawatan fleksibel bagi perkara ini," kata Ahli Parlimen dan Penasihat Cukai Parti CSU Bavarian, Sebastian Brehm kepada AFP.

Menteri Sumber Manusia, Hubertus Heil pula berkata, beliau mahu pekerja mempunyai hak untuk meminta bekerja dari rumah sekali-sekala pada masa akan datang, walaupun dia menolak cadangan awal supaya mereka boleh bekerja di rumah sekurang-kurangnya 24 hari dalam tempoh setahun.

Minggu lalu, bank terbesar Jerman, Deutsche Bank berkata, pihaknya mempertimbangkan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah dua hari seminggu, menurut Bloomberg News. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
Unemployment Numbers WAY Understated! Labor Department Officially Admits It’s Wrong!

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601

After This New Wave Of Lockdowns, Most People Will Accept Any Solution As They Will Be So Desperate
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601

👉$908 Billion New Bipartisan Stimulus Deal -- Inflation Tsunami will Slam America !!
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
pesawat-global_1606891979.jpg


Juruterbang 'berkarat' masalah baharu industri penerbangan

JAKARTA: Pada 15 September lalu, sebuah pesawat Indonesia yang membawa 307 penumpang dan 11 kru ke Medan tergelincir dari landasan, sehingga membawa kepada siasatan oleh pengawal selia keselamatan pengangkutan negara itu.

Ia mendapati juruterbang itu mempunyai tempoh penerbangan kurang tiga jam sejak 90 hari sebelumnya.

Pembantunya pula langsung tidak mempunyai sebarang jam penerbangan sejak 1 Februari lalu.

Insiden itu mencerminkan risiko baharu daripada pandemik COVID-19, iaitu juruterbang tidak mendapat peluang mencukupi untuk menerbangkan pesawat kerana syarikat mengecilkan operasi disebabkan kemerosotan permintaan bagi perjalanan udara.

Dalam laporan awalnya, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara Indonesia berkata, pandemik menyukarkan lagi untuk mengekalkan tahap kecekapan dan pengalaman juruterbang.

Pesawat Lion Air yang terbabit adalah Airbus SE A330, satu daripada 10 dalam angkatan pesawat sama milik syarikat penerbangan berkenaan.

Memandangkan Lion Air tidak mempunyai simulator bagi A330, juruterbangnya dilatih di kemudahan pihak ketiga terletak di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Sekatan perjalanan COVID-19 menyukarkan lagi akses.

"Kekerapan menerbangkan pesawat akan mengekalkan minda anda dalam kokpit," kata perunding keselamatan penerbangan, Mohan Ranganathan, yang juga penasihat kepada Ketua Pengarah Penerbangan Awam India.

"Terlalu lama tidak menerbangkan pesawat akan menyebabkan kelalaian. Ditambah pula dengan kehilangan pendapatan, ketidaktentuan terhadap pekerjaan atau masa depan syarikat, semuanya memberikan tekanan tambahan. Dengan tahap tekanan yang bertambah, kecekapan akan merosot."

Syarikat analitik, Cirium, berkata hampir satu pertiga pesawat penumpang dunia kini kekal dalam simpanan, diletakkan di tengah-tengah Australia dan Padang Pasir Mojave di Amerika Syarikat (AS).

Walaupun terdapat pemulihan perjalanan domestik di pasaran lebih besar seperti China, trafik antarabangsa masih jauh daripada paras pra-pandemik berikutan sekatan sempadan dan kuarantin mandatori.

Ribuan juruterbang diberhentikan kerja atau diberikan cuti, manakala yang masih bekerja kurang menerbangkan pesawat kerana permintaan terlalu sedikit.

Kemahiran 'berkarat' juruterbang juga dipetik oleh pegawai keselamatan penerbangan utama Eropah sebagai faktor kemungkinan nahas pesawat Pakistan International Airlines Corp (PIA) di Karachi pada Mei lalu yang mengorbankan 97 orang.

"Juruterbang didapati tidak secekap seperti mana mereka sepatutnya mengendalikan pesawat," kata Pengarah Eksekutif Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah, Patrick Ky pada September berhubung penerbangan PIA itu.

"Jika anda tidak menerbangkan pesawat selama tiga bulan, enam bulan, anda perlu dilatih semula supaya kembali kepada asal."

-Bloomberg
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601

Panic Buying Sweep Across America As Fears Of Food Shortage Continues To Rise
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601

👉Ray Dalio Warns : America on The Verge of Revolution or Civil War
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
👉Dollar Cratering The Economy Collapsing Unemployment Exploding Worse than the Great Depression

 
Sponsored Post
Top
Log in Register