Info COVAX - Program Vaksinasi Covid-19 Sedunia Malaysia Tidak Sertai ?

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,516
Reaction score
3,674
Points
236
Pada 13 Oktober 2020, kerajaan kita telahpun mengumumkan berkenaan perancangan negara kita untuk menyertai program yang dinamakan sebagai Covid-19 Vaccine Global Access atau COVAX sebagai usaha utama mencegah penularan pandemik itu. Kesemua negara yang menjadi peserta program COVAX akan diberikan akses samarata kepada vaksin, tanpa mengambil kira kemampuan kewangan negara tersebut.

Walaupun demikian, kos untuk menyertai program ini yang dianjurkan oleh Badan Kesihatan Sedunia atau WHO bersama beberapa badan lain layak dikatakan terlalu tinggi bagi sesetengah negara - sehingga menjadi penghalang kepada penyertaan banyak negara. Termasuklah juga negara kita.


Apa itu COVAX?

1603010853041.png


COVAX adalah cabang utama pemvaksinan dalam inisiatif bagi mencegah penularan virus Covid-19, hasil kerjasama Coalition of Epidemic Preparedness Innovations (CEPI), The Vaccine Alliance dan WHO bagi mewujudkan satu rangkaian kerjasama antara semua negara yang pada ketika ini sedang berusaha membangunkan vaksin. Disertai oleh 80 buah negara yang bertindak sebagai penyumbang utama kepada penyelidikan dengan 92 buah negara lagi sebagai negara penyokong, tujuan utama inisiatif COVAX adalah untuk memastikan akses vaksin dapat disediakan kepada negara-negara maju serta negara-negara membangun serentak.

Sasaran COVAX adalah untuk menyediakan 3 sampel vaksin yang disahkan selamat dan berkesan, dengan sasaran penggunaannya dapat dimulakan pada penghujung tahun 2021 serentak di semua 172 negara perserta. Dianggarkan untuk mencapai tahap efektif, sebanyak 2 billion dos vaksin diperlukan yang akan dibahagikan mengikut tahap populasi negara peserta dengan pekerja barisan hadapan akan diberikan keutamaan utama, sebelum dos-dos diberikan kepada warga tua dan mereka yang sudah mengalami masalah kesihatan.


Penciptaan vaksin yang berkesan

1603010831628.png


Setakat ini terdapat 18 sampel vaksin yang sedang melalui ujian pelbagai fasa, diramal bakal menjadi pilihan program COVAX. 9 daripadanya didanai sendiri melalui kerjasama antara pihak-pihak swasta dan juga CEPI, sementara 9 lagi dibangunkan sendiri di beberapa buah negara; 2 di China, 2 di Amerika Syarikat, satu di Korea Selatan, satu di United Kingdom dan satu lagi hasil kerjasama beberapa buah negara.

Semua negara yang berminat menjadi negara anggota COVAX perlu mengesahkan penyertaan mereka dengan menyatakan hasrat menyertai pada 31 Ogos 2020, sebelum melakukan penyertaan secara bertulis pada tarikh 18 September 2020. Semua negara anggota perlu memaktubkan persetujuan dengan bayaran yuran pertama tidak lewat daripada 9 Oktober 2020.

Walaupun begitu, tiga negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Russia dan China memilih untuk tidak menyertai program ini. Apa yang menariknya, negara kita juga setakat ini belum menyatakan persetujuan untuk menyertai program COVAX secara rasmi, sebaliknya kelihatan bakal memilih kaedah yang berbeza berbanding majoriti negara-negara dunia lain.


Kenapa Malaysia tidak menyertai COVAX?

1603010879935.png


Walaupun terdapat laporan pada pertengahan bulan September tahun 2020 yang menyatakan persetujuan lisan pihak kerajaan Malaysia menyertai COVAX, nampaknya kita berkemungkinan besar tidak menyertai inisiatif ini; berdasarkan laporan-laporan terbaru. Kos yang dikatakan terlalu tinggi untuk setiap dua dos vaksin bagi seorang penerima diramal pada harga RM91 bagi setiap negara anggota COVAX, menjadi penghalang utama negara kita. Kerajaan kita perlu membelanjakan hampir RM600 juta untuk mendapatkan hanya 6 juta dos tanpa dibenarkan berunding berkenaan harganya, sebelum diambil kira RM42 juta yuran penyertaan program.


Faedah Malaysia menjadi rakan baik China

1603010914650.png


Langkah Malaysia ini kelihatan seiring dengan pengumuman yang dilakukan hasil rundingan negara kita dengan Menteri Luar China pada 14 Oktober 2020, yang menjamin kedudukan Malaysia sebagai antara negara penerima terawal vaksin yang dibangunkan mereka. Dianggarkan vaksin yang sedang dibangunkan di China berkemungkinan besar akan sedia untuk diedarkan seawal bulan Disember tahun 2020.

Walau demikian, bagi menjamin kedudukan Malaysia dalam isu program pemvaksinan ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama mengumumkan penyertaan awal Malaysia dalam program COVAX dengan bayaran yuran penyertaan pertama akan dilakukan. Dengan bayaran itu, Malaysia sekurang-kurangnya sudah mempunyai hak pembelian pakej vaksin COVAX di masa hadapan, seandainya kita berdepan isu lain kelak walaupun kita tak semestinya akan membeli vaksin dari pihak mereka.

Anda setuju dengan langkah kerajaan kita yang cuba menangani masalah ini dengan cara yang agak berbeza?


Rujukan;
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,897
Reaction score
1,688
Points
151
Takkan u-turn kot

dulu kata lain


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,516
Reaction score
3,674
Points
236
Takkan u-turn kot

dulu kata lain


bukan u-turn bro, tapi kos mahal .. kita beralih pada vaksin dari China

" Walaupun terdapat laporan pada pertengahan bulan September tahun 2020 yang menyatakan persetujuan lisan pihak kerajaan Malaysia menyertai COVAX, nampaknya kita berkemungkinan besar tidak menyertai inisiatif ini; berdasarkan laporan-laporan terbaru. Kos yang dikatakan terlalu tinggi untuk setiap dua dos vaksin bagi seorang penerima diramal pada harga RM91 bagi setiap negara anggota COVAX, menjadi penghalang utama negara kita. Kerajaan kita perlu membelanjakan hampir RM600 juta untuk mendapatkan hanya 6 juta dos tanpa dibenarkan berunding berkenaan harganya, sebelum diambil kira RM42 juta yuran penyertaan program. "

" Walaupun begitu, tiga negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Russia dan China memilih untuk tidak menyertai program ini "
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,897
Reaction score
1,688
Points
151
Malaysia halts use of 2 flu vaccines after deaths in South Korea

FMT ReportersOctober 28, 2020 3:38 PM

Health authorities in Singapore have also stopped using the same two vaccines earlier this week. (AFP pic)
PETALING JAYA: Malaysia has temporarily ceased the use of two influenza vaccines as a precautionary measure, following the deaths of several people who received flu shots in South Korea.

The decision by the health ministry (MoH) comes after Singapore had also announced a halt of the two vaccines, SKYCellflu Quadrivalent and VaxigripTetra, earlier this week.

Senior director for pharmaceutical services Dr Faridah Aryani said there were only nine influenza vaccine products registered under the Drug Control Authority in the country, including the two vaccines associated with the deaths in South Korea.

“Only VaxigripTetra, which was suspended through injection in a pre-filled syringe, was supplied to health facilities under the ministry,” she said in a statement today.

Faridah added that Sanofi Pasteur, the pharmaceutical company that produces VaxigripTetra, had announced that the batch number for the vaccines used in South Korea were not available in the other countries, including Malaysia.

“As of now, no deaths have been reported following the influenza vaccine immunisation (quadrivalent) in the country.

“However, as a precautionary measure, the health ministry advises all medical practitioners to temporarily halt the use of the vaccine products SKYCellflu Quadrivalent and VaxigripTetra.”

Faridah said MoH would provide updates on the situation after further information was obtained.

Meanwhile, she said the ministry was continuously conducting quality checks on registered health products to ensure the safety and effectiveness of medicines in the country.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,897
Reaction score
1,688
Points
151
Vaksin halal dalam tempoh lima tahun
PHARMANIAGA Bhd menjangkakan untuk menghasilkan vaksin halalnya dalam tempoh empat ke lima tahun lagi.

Timbalan Pengarah Urusannya Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata terdapat potensi untuk memasarkan vaksin halal di seluruh dunia.

"Kami akan menghasilkan vaksin sendiri selepas menjalani pelbagai program persediaan," katanya pada pengumuman keputusan dan prestasi kewangan suku ketiga 2020 syarikat itu menerusi taklimat media dalam talian hari ini.

Mohamed Iqbal berkata, projek vaksin halal itu telah menunjukkan kemajuan dengan persetujuan diterima untuk Pneumococcal Conjugate Vaccine yang dimulakan bersama Serum Institute of India Private Ltd, syarikat farmaseutikal dan bioteknologi terkemuka di India.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, pembangunan fasiliti vaksin halal pertama di dunia dijangka siap pada 2022.

"Kami menjangkakan fasiliti di Puchong, Selangor menjadi fasiliti vaksin halal pertama di Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkarnain berkata persediaan bagi proses pengisian dan penyudahan vaksin Covid-19 berjalan lancar.

Pharmaniaga menjangkakan vaksin Covid-19, yang kini menjalani ujian klinikal di beberapa buah negara seperti India dan China, boleh didapati di Malaysia pada suku pertama atau kedua 2021, katanya.

Mengenai unjuran syarikat, Zulkarnain berkata vaksin Covid-19 akan meningkatkan pendapatan kumpulan itu tahun depan.

"Kami berada pada landasan yang baik tahun ini dan berharap untuk memperluaskan perniagaan kami dalam sektor swasta pada 2021," katanya.

Semalam, dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, Pharmaniaga menyatakan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM1.44 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2020 berbanding RM481,000 pada suku ketiga tahun lepas susulan permintaan meningkat terhadap peralatan perlindungan.

Bagaimanapun, hasil menyusut kepada RM624.8 juta daripada RM716.85 juta sebelumnya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register