Contoh Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Buat Suami Isteri

Recommended Brokers


chulax12

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,395
Reaction score
631
Points
151
Ulang tahun menjadi salah satu hari penting yang harus diingat dan diraih. Salah satunya adalah ulang tahun perkahwinan. Ucapan sederhana beserta doa yang tulus dapat membuat pasangan anda menjadi lebih gembira dan semakin kuat rasa cinta itu.

Rasanya apa ucapan yang ingin diberikan kepada pasangan anda ketika ulang tahun perkahwinan nanti? Berikut adalah beberapa inspirasi ucapan ulang tahun perkahwinan yang dapat kamu jadikan sebagai contoh.



“Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku. Tetaplah engkau menjadi imam terbaikku. Kerana dirimu, aku menjadi wanita yang sangat beruntung kerana mendapat suami yang soleh sepertimu, semoga kebahagiaan dan keberkahan selalu menyertaimu."

"Happy anniversary my dear Husband/Wife. Aku bersyukur pada Allah telah mengirimkanku jodoh sebaik dirimu. Semoga kebahagiaan dan keberkahan selalu menyertaimu. Aamiin ya Rabbal 'alamiin."

"Sayangku, selamat ulang tahun! Semoga di usia perkahwinan ini, semua impian dan cita-cita kita dapat terwujud. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat buat kita. Kamu adalah suami/isteri terbaik dan aku bersyukur menjadi suami/istrimu."

"Semoga bahagia selalu suamiku/isteriku, dilancarkan segala urusan, dimudahkan segala keinginan, dan semoga selalu mencintaiku dan keluarga kita. Selamat ulang tahun sayang."

"Tak terasa, usia perkahwinan kita beranjak semakin dewasa. Selamat ulang tahun kesayanganku. Semoga Allah menjadikanmu sebagai imam terbaik untuk keluarga kecil kita. Selalu istiqomah dan bertakwa kepada Allah. Aamin"

"Sekian lama bernikah, kita telah melalui segala rintangan bersama. Baik kebahagiaan dan kesedihan selalu kita hadapi bersama. Terima kasih suamiku/isteriku kerana selalu setia menemaniku. Happy anniversary!"

"Happy Anniversary sayangku. Semoga kita selalu diberikan kesihatan dan diberikan rezeki yang melimpah dan berkah. Mungkin hanya ucapan yang bisa saya berikan untuk awak, tapi percayalah sayang doa – doa saya akan selalu mengalir deras untuk keluar kita"


Semoga contoh ucapan ini dapat memudahkan anda dan menjadi satu bentuk perhatian yang mampu menambah rasa sayang pada pasangan anda.

 
Sponsored Post

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
1,731
Reaction score
179
Points
33
tulis panjang2 pasangan baca ke?

aq paling kurang pun hantar text...i love u sayang....
lepas tu letak ikon banyak2....😍😍😍😍.....haha
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,616
Reaction score
994
Points
166
Huk dh kawin lbh 20 thn, den dah lupo tarikh kawin tapi ingat tahun 1995 kawin dapek anak bln 9 thn 1996. Blm penah sambut ulang tahun kawin Hihihi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register