hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,878
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,878
- Reaction score
- 1,396
- Points
- 201
Lelaki mandikan sahabat 'insan istimewa' dipuji, kawan sejati dunia akhirat.
'Maafkan aku Shukor tak mampu urus segalanya...'
04 Feb 2025 09:11am
SAHABAT sejati yang sanggup berkongsi susah dan senang itu jarang ditemui. Namun, lelaki dari Arau ini membuktikan bahawa setia kawan dan kasih sesama insan itu masih wujud.
Sempat menyapa rakan bernama Shukor di tepi jalan, Shidie yang tersentuh dengan keadaan tidak terurus sahabatnya itu memujuknya untuk membersihkan diri.
Menerusi video, pemilik bengkel motosikal itu sempat memandikan, membantu rakannya memotong rambut dan memakaikan pakaian yang bersih.
"Amat sedih apa yang terjadi padamu dan kehidupanmu. Kau bukan tak waras, kau masih waras. Cuma nasib dan ujian kita berbeza.
"Semoga kita terus istiqamah, diberkati dalam setiap langkah dalam kehidupan ini.
"Maafkan aku Shukor tak mampu urus segalanya.
"Semoga setiap langkahmu sentiasa lindungan ALLAH SWT.
"Doakan aku Shukor supaya terus berbuat kebaikan, muhasabah diri dan bantu lebih ramai orang, aaminn," titip Shidie.
Rata-rata memuji keprihatinan Shidie terhadap Shukor yang sanggup membersihkan tubuh badan Shukor, menggantikan baju baharu serta memotong rambut yang tidak terurus.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar kebaikan Shidie dibalas dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.
"Sebaknya akak tengok video ini. Inilah sahabat dunia akhirat."
"Terbaik abang ini menolong seorang insan yang susah. Beliau sanggup memandi dan memberus kaki hamba ALLAH ini. Moga kehidupan abang sekeluarganya dirahmati dan berkati ALLAH."
"Tahniah tuan kerana menyantuninya. Ujian kita berbeza, rezeki juga berbeza."
"Lepas mandi dan gunting rambut terus nampak segak. Terbaik abang Shidie membantu orang dalam kesusahan."
"Sebenarnya ujian seperti ini untuk orang sekeliling, bukan untuk dia semata-mata. Terbaik abang menjaga kebajikan sesama manusia, berbahagi kudrat dan harta. Semoga ALLAH merahmati."
"Contoh yang baik kepada generasi muda. Jangan berhenti berbuat kebaikan dan prihatin sesama manusia."
Semoga apa yang dilakukan Shidie ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan selagi hayat dikandung badan.
Sumber : Sinar Harian