Climate Change&Global Warming | Sidang kemuncak iklim global, 12 Disember depan

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
'Artik tenat' angkara pemanasan global
artik_1602500247.jpg
Misi Polarstern meluangkan masa lebih setahun mengumpulkan data atmosfera, laut, ekosistem dan ais laut, untuk menilai kesan perubahan iklim di wilayah Kutub Utara - Foto Twitter/MOSAiC Expedition

BERLIN: Ekosistem Lautan Artik kini berada dalam keadaan yang sangat tenat, susulan kesan berpanjangan daripada pemanasan global.

Kesimpulan penemuan itu dibuat selepas sekumpulan penyelidik dari German Alfred Wegener Institute's Polarstern, berlayar selama 389 hari di Kutub Utara bagi meneliti kesan fenomena alam berkenaan.

Ketua misi penyelidikan, Markus Rex, menjelaskan kesan dramatik daripada pemanasan global disaksikan ratusan saintis dari 20 negara yang turut menyertai pelayaran itu.

"Kami nampak bagaimana Laut Artik kini berada dalam keadaan tenat. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas menerusi jendela kapal ketika pelayaran dan apabila anda berjalan di atas lapisan ais yang sangat rapuh.

"Di Kutub Utara, kami menjumpai ais yang terhakis dengan sangat teruk, cair, nipis dan rapuh. Sekiranya pola pemanasan global berterusan di sini, berkemungkinan tiada lagi ais di Artik menjelang musim panas kelak," katanya.

Pemerhatian kumpulan penyelidik itu turut diperkukuhkan imej satelit Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan ais laut di Artik mencecah rekod paras kedua terendah ketika musim panas, tahun ini selepas 2012.

Misi Polarstern yang turut dikenali sebagai MOSAIC, meluangkan masa lebih setahun untuk mengumpulkan data atmosfera, laut, ekosistem dan ais laut, bagi membantu penilaian kesan perubahan iklim di wilayah Kutub Utara serta seluruh dunia.

Empat lokasi pemerhatian ditubuhkan di atas ais, dalam radius 40 kilometer di sekeliling kapal pelayaran yang membawa kumpulan penyelidik berkenaan.

Sampel air dari bawah lapisan air turut diambil untuk mendalami kesan terhadap plankton dan bakteria, selain fungsi ekosistem marin dalam keadaan ekstrim.

Misi yang menelan belanja 140 juta Euro (RM685 juta) itu membawa pulang 150 terabait data dan lebih 1,000 sampel ais untuk kajian lanjut. - AFP

Biggest North Pole mission back from 'dying Arctic'

Berlin, Oct 12, 2020 (AFP) -

Researchers on the world's biggest mission to the North Pole returned to Germany on Monday, bringing home devastating proof of a dying Arctic Ocean and warnings of ice-free summers in just decades.

The German Alfred Wegener Institute's Polarstern ship returned to the port of Bremerhaven after 389 days spent drifting through the Arctic trapped in ice, allowing scientists to gather vital information on the effects of global warming in the region.

"I have waited for this moment for so long that my heart is palpitating. The ship is now back," said institute director Antje Boetius from on board another ship accompanying the research vessel back to port.

Ahead of their return, mission leader Markus Rex told AFP that the team of several hundred scientists from 20 countries have seen for themselves the dramatic effects of global warming on ice in the region considered "the epicentre of climate change.

"We witnessed how the Arctic ocean is dying," Rex said. "We saw this process right outside our windows, or when we walked on the brittle ice."

Underlining how much of the sea ice has melted away, Rex said the mission was able to sail through large patches of open water, "sometimes stretching as far as the horizon".

"At the North Pole itself, we found badly eroded, melted, thin and brittle ice."

If the warming trend in the North Pole continues, then in a few decades we will have "an ice-free Arctic in the summer", Rex said.

The researchers' observations have been backed up by US satellite images showing that in 2020, sea ice in the Arctic reached its second-lowest summer minimum on record, after 2012.

The Polarstern mission, dubbed MOSAIC, spent over a year collecting data on the atmosphere, ocean, sea ice and ecosystems to help assess the impact of climate change on the region and the world.

To carry out the research, four observational sites were set up on the sea ice in a radius of up to 40 kilometres around the ship.

The researchers collected water samples from beneath the ice during the polar night to study plant plankton and bacteria and better understand how the marine ecosystem functions under extreme conditions.

The 140-million-euro ($165 million) expedition is also bringing back 150 terabytes of data and more than 1,000 ice samples.

"The expedition will, of course, produce results on many different levels," Rex said.

The team measured more than 100 parameters almost continuously throughout the year and are hoping the information will provide a "breakthrough in understanding the Arctic and climate system", he said.

Thomas Krumpen, sea ice physicist said: "For us the second phase is starting -- the analysis of data. A lot of data has returned with the ship and we will likely be busy with it over the next ten years."

The aim is to develop models to help predict what heatwaves, heavy rains or storms could look like in 20, 50 or 100 years' time.

Since the ship departed from Tromso, Norway, on September 20, 2019, the crew have seen long months of complete darkness, temperatures as low as -39.5 Celsius (-39.1 Fahrenheit) -- and more than 60 polar bears.

A shot had to be fired to warn off a polar bear that came too close.

But the bigger threat was the coronavirus pandemic in the spring, which left the crew stranded at the North Pole for two months.

A multinational team of scientists was due to fly in as part of a scheduled relay to relieve those who had already spent several months on the ice, but the plan had to be redrawn when flights were cancelled across the world as governments scrambled to halt the spread of the coronavirus.

During the course of the expedition, a rotating crew of 300 researchers spent time on board the German ship as it travelled with the ice along a wind-driven route known as the transpolar drift.

Radiance Calmer, a researcher at the University of Colorado who was on board the Polarstern from June to September, told AFP that stepping out onto the ice was a "magical" moment.

"If you concentrate, you can feel it moving," she said.

The voyage was a huge logistical challenge, not least when it came to feeding the crew -- during the first three months, the ship's cargo included 14,000 eggs, 2,000 litres of milk and 200 kilogrammes of rutabaga, a root vegetable.

The ship's cook, Sven Schneider, did not underestimate the importance of his role in the mission.

"It was my job to maintain the morale of 100 people living in total darkness," he said in an interview with German weekly newspaper Die Zeit.

 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
2020 antara 3 tahun paling panas dunia - PBB

GENEVA: Tahun ini tercatat sebagai satu daripada tiga tahun paling panas dan 2011 hingga 2020 menjadi dekad paling hangat dengan enam tahun paling panas sejak 2015, kata Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) semalam.

Menurut laporan WMO mengenai keadaan Iklim Global pada 2020, haba laut berada pada tahap tinggi dan lebih 80 peratus lautan global ada kalanya mengalami gelombang haba laut pada 2020.

Suhu purata (minimum) global Januari hingga Oktober 2020 adalah sekitar 1.2 darjah Celsius di atas garis dasar 1850-1900, menjadikan 2020 mungkin satu daripada tiga tahun paling hangat di dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Seperti gelombang panas di darat, panas melampau boleh mempengaruhi lapisan permukaan laut yang mungkin mengakibatkan beberapa peristiwa, termasuk tragedi seperti banjir, kemarau dan kebakaran selain taufan tropika serta ribut.

Kira-kira 10 juta perpindahan dicatatkan pada separuh pertama 2020, sebahagian besarnya disebabkan bahaya dan bencana hidro-meteorologi, kebanyakannya tertumpu di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika.

Walaupun dengan sekatan pergerakan COVID-19, kepekatan atmosfera gas rumah hijau terus meningkat, pemanasan planet berlanjutan sehingga generasi akan datang kerana karbon dioksida (CO2) yang lama di atmosfera, kata laporan itu.

COVID-19 juga menambahkan lapisan risiko lain untuk operasi pemindahan, pemulihan dan bantuan yang berkaitan dengan kejadian memberi kesan tinggi. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601

World leaders come together for global Climate Summit | 9 News Australia
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601

United Nations pressure to declare “climate emergency” | 9 News Australia
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Dunia berdepan peningkatan suhu yang dahsyat - WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan dunia sedang menuju ke arah peningkatan suhu yang dahsyat abad ini dengan 2020 direkodkan sebagai tahun terpanas mengatasi 2016.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata, keadaan perubahan iklim tanpa henti ternyata mengorbankan banyak nyawa.

Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan fasa 2011 hingga 2020 adalah dekad paling panas yang pernah dicatatkan.

Berdasarkan WMO daripada gabungan lima set data antarabangsa teratasnya, 2020 menyaingi 2016 dalam memegang takhta cuaca terpanas.

WMO dilaporkan berkata, putaran suhu permukaan di Laut Pasifik pada fasa sejuk musim La Nina meredakan keadaan panas hanya pada hujung tahun.

Agensi cuaca PBB itu berkata, 2016, 2019 dan 2020 direkodkan sebagai tiga tahun paling panas dengan perbezaan antaranya dalam suhu global secara puratanya tidak dapat dibezakan.

Katanya, suhu global secara purata pada 2020 ialah kita-kira 14.9 darjah Celcius (C), iaitu 1.2 C lebih tinggi berbanding ketika fasa praindustri pada 1850 hingga 1900.

Melalui Perjanjian Paris 2015 mengenai perubahan iklim, ia menuntut kaedah membendung pemanasan global dalam keadaan kurang dari dua darjah Celcius, iaitu di atas tahap praindustri, sementara banyak negara meneruskan usaha mengehadkan kenaikan hingga 1.5 C.

Pada masa sama, WMO percaya sekurang-kurangnya terdapat satu daripada lima keadaan di mana purata suhu global secara sementara melebihi 1.5 C pada 2024 kelak.

Mengulas mengenai itu, Guterres berkata, pengesahan dibuat WMO bahawa 2020 menjadi antara tahun terpanas dalam sejarah adalah satu lagi peringatan kuat mengenai keadaan perubahan iklim yang tiada henti.

"Ia memberi kesan terhadap kehidupan dan nyawa di seluruh bumi. Hari ini, kita berada pada suhu 1.2 C kepanasan dan sudah dapat menyaksikan cuaca luar biasa yang ekstrem di setiap rantau dan benua.

"Kita menuju kepada kenaikan suhu yang dahsyat iaitu tiga hingga lima C abad ini... justeru berbaktilah kepada alam semula jadi yang menjadi tugas kita pada abad ke-21 ini. Ia mesti menjadi keutamaan kita," katanya. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register