Climate Change&Global Warming | Sidang kemuncak iklim global, 12 Disember depan

CG Sponsors




Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Climate Change Melting A Million Tonnes A Minute In Greenland (w/ Michael Mann)
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
After Hurricane Laura, Contamination, Destruction, a Glimpse of Dangerous Climate
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Why Iraq’s great rivers are dying | Climate Change | West Asia water crisis
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Is the coronavirus pandemic a chance to tackle climate change? | Inside Story


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
China sasar neutral karbon menjelang 2060

AMERIKA SYARIKAT: Presiden China, Xi Jinping berikrar menjadikan negara pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia itu sebagai neutral karbon menjelang 2060.

Bercakap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Xi memperbaharui sokongannya dalam Perjanjian Paris dan menggesa semua pihak memberi tumpuan dalam menangani isu perubahan iklim walaupun dunia sedang pulih daripada krisis COVID-19.

Katanya, Perjanjian Paris menggariskan langkah minimum yang perlu diambil bagi melindungi bumi sebagai tempat tinggal bersama dan semua negara perlu menghormati perjanjian berkenaan.

"Kami menyasarkan pelepasan gas rumah hijau akan memuncak pada 2030 dan mencapai kadar neutral karbon menjelang 2060," katanya.

Beliau turut menggesa semua negara merebut peluang bersejarah dalam revolusi sains dan teknologi serta transformasi industri.

Nada Xi itu, bagaimanapun berbeza dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menyifatkan perjanjian dirundingkan oleh bekas Presiden, Barack Obama sebagai tidak adil kepada AS.

Trump yang menyampaikan ucapannya sebelum itu berkata, beliau memperjuangkan Perlembagaan AS melindungi pelombong arang serta melonggarkan peraturan berkaitan alam sekitar, walaupun beberapa negeri seperti California berkeras menangani isu perubahan iklim.

"Mereka yang sengaja menimbulkan isu alam sekitar AS walaupun memiliki rekod yang luar biasa, sudah tentu mengabaikan pencemaran dilakukan China dan sebenarnya tidak berminat dengan alam sekitar.

"Mereka hanya mahu menghukum AS dan saya tidak akan membiarkannya berlaku," katanya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Sidang kemuncak iklim global, 12 Disember depan

AMERIKA SYARIKAT: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Britain akan menganjurkan bersama sidang kemuncak iklim global 12 Disember ini.

Menurut agensi dunia itu, sambutan itu diadakan sempena ulang tahun kelima Perjanjian Paris.

Pengumuman mengenai penganjuran sidang kemuncak itu dibuat beberapa hari selepas Presiden China, Xi Jinping mendedahkan kepada PBB bahawa pelepasan pencemaran gas rumah hijau terbesar di dunia akan memuncak pada 2030.

Jinping juga memberitahu badan dunia itu berhubung perancangan untuk menuju ke arah karbon neutral pada 2060 iaitu langkah yang disambut baik oleh ahli alam sekitar.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata perihal berhubung darurat iklim adalah di bawah tanggungjawab badan dunia itu dan ia tidak boleh dilengahkan.

"Kita adalah juara sekali gus berjaya menyelesaikan isu di sekitar kita, di setiap bandar, syarikat dan negara.

"Namun darurat iklim adalah tanggungjawab kita sepenuhnya dan kita tiada masa untuk melewatkan.

Jawapan terhadap krisis kewujudan kita ialah tindakan pantas dan tegas selain meningkatkan usaha dan perpaduan antara negara, " katanya.

Dunia berada kekal di luar 'landasan' bagi mengehadkan kenaikan suhu sedunia kepada 1.5 darjah Celsius hingga akhir abad ini di mana saintis katakan ia adalah kritikal untuk mencegah pemanasan berterusan yang akan menjadikan bumi ini 'tenat' untuk diduduki.

Sehubungan itu, melalui kenyataan dikeluarkan PBB, dalam berdepan keadaan kritikal itu, Guterres dan Perdana Menteri, United Kingdom, Boris Johnson akan menganjurkan bersama acara penting sedunia itu yang menghimpunkan barisan pemimpin dunia untuk mengumpulkan lebih banyak tindakan dan aspirasi berhubung isu iklim.

Kedua-dua pemimpin itu akan menangani mengenai isu itu pada rundingan meja bulat dipengerusikan Guterres, hari ini.

Barisan negara lain akan diundang untuk membentangkan rancangan iklim yang berkualiti dan bercita-cita tinggi di persidangan itu, membabitkan pemimpin kerajaan selain sektor swasta dan masyarakat.

Menurut PBB, sidang kemuncak yang akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua bulan itu nanti bertujuan untuk meningkatkan momentum sebelum berlangsungnya Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 26) yang dijadual diadakan di Glasgow pada November 2021.

Data terkini menunjukkan kepekatan gas di rumah hijau mencecah tahap tertinggi, sekali gus berupaya memburukkan lagi bencana alam seperti ribut taufan dan banjir.- AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Combating Drought: Reviving Asia's Lost Lands, One Tree At A Time | The Longest Day | Climate Change


 
Sponsored Post
Top
Log in Register