Climate Change&Global Warming | Sidang kemuncak iklim global, 12 Disember depan

CG Sponsors




Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
vcxvx_1595758182.jpg


Suhu di kepulauan Kutub Utara Norway capai rekod tertinggi

OSLO: Suhu di kepulauan Svalbard Norway, yang terletak di pertengahan antara daratan dan Kutub Utara, merekodkan suhu tertinggi dalam rekod iaitu 21.7 darjah Celsius Jumaat lalu, kata Institut Meteorologi Norway.

Suhu di kepulauan Kutub Utara kini dilaporkan panas lebih cepat berbanding lokasi lain di bumi, yang turut mengundang risiko ke bahagian lain di Kutub Utara dari Alaska hingga ke Siberia, mengikut laporan yang dikeluarkan tahun lalu di Norway.

Menurut ciapan Twitter Institut Meteorologi Norway, rekod selama 41 tahun itu dipecahkan di Longyearbyen.

"Suhu yang diukur adalah 21.7 darjah Celsius, iaitu perbezaan 0.4 darjah lebih tinggi berbanding rekod sebelumnya pada 1979.

"Longyearbyen, yang mempunyai kira 2,000 penduduk, adalah penempatan utama di Svalbard, terletak kira-kira 1,300 kilometer dari Kutub Utara," katanya.

Pusat Pengajian Iklim Norway pula berkata suhu purata Februari di Svalbard melonjak antara tiga hingga lima darjah Celsius sejak awal 1970-an.

"Ia dijangka boleh meningkat sebanyak 10 darjah Celsius menjelang 2100, jika pelepasan gas rumah hijau dunia terus meningkat.

"Kenaikan suhu akan mencairkan tanah beku, yang berpotensi memendapkan banyak bangunan, jalan raya dan lapangan terbang serta boleh mengakibatkan tanah menggelongsor atau runtuh," katanya.

Pemanasan iklim juga mengancam hidupan liar Artik seperti beruang kutub dan anjing laut yang bergantung pada lapisan ais sebagai perlindungan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
'

Climate change: Greenland's ice sheet has melted past the point of no return
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
ais_1597727792.jpg

PEMANASAN global beri ancaman kepada pencairan ais di Greeland.- Foto/AGENSI

Bongkah ais di Greenland semakin mencair

COPENHAGEN: Pencairan bongkah ais di Greenland kini tidak dapat dibendung lagi dengan salji tidak lagi dapat mengimbangi kehilangan ais biarpun pemanasan global akan berakhir hari ini, menurut penyelidik.

Glasier di Greenland kini melepasi tahap pengurangan di mana salji yang mengisi lapisan ais setiap tahun tidak berlaku seperti biasa dan terus mengalir ke lautan, menurut penulis kajian dari Ohio State University.

Perubahan iklim memberi kesan buruk pada glasier dunia dengan pencairan ais menimbulkan ancaman kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.

85 peratus permukaan Greenland iaitu sebuah pulau seluas dua juta kilometer persegi atau empat kali ukuran Perancis ini diliputi ais.

"Kajian ini mengesahkan hasil dari banyak kajian lain ... bahawa gabungan ini mencair dan menjadikan beberapa ketul gunung ais kecil, sekali gus menunjukkan sejumlah besar ais hilang dari Greenland sejak beberapa dekad lalu, "kata ahli klimatologi di Institut Meteorologi Denmark, Ruth Mottram, kepada AFP.

Pada 1980-an dan 1990-an, lapisan ais kehilangan sekitar 450 bilion tan setiap tahun dan ia semakin cepat mencair abad ini sehingga 500 bilion tan sehingga tidak boleh lagi diisi dengan salji.

"Lapisan ais Greenland kehilangan pada kadar sangat cepat pada abad ke-21, menjadikannya penyumbang tunggal terbesar untuk kenaikan permukaan air laut," kata kajian itu.

Pencairan ais bukan hanya berpunca dari gejala pemanasan global, tetapi juga menjadi pendorong pemanasan global.

Namun begitu, tiada semua pengkaji bersetuju dengan pencairan ais di Greenland kini berada di kemuncaknya.

"Kami tidak tahu berapa banyak kepekatan gas rumah hijau akan meningkat.

"Hasil yang diterbitkan menunjukkan bahawa "walaupun kita menstabilkan suhu (dan pelepasan gas rumah kaca) pada tahap sekarang, lapisan ais akan terus mencair, tetapi hanya sehingga ukuran lapisan ais seimbang dengan iklim," kata Mottram.

Sementara itu, satu kajian dari University of Lincoln, Britain menyimpulkan bahawa pencairan ais Greenland, menyumbang kepada 10 hingga 12 sentimeter kenaikan permukaan air laut dunia pada 2100.

Panel penasihat sains iklim IPCC PBB mengatakan pada 2013 ia menjangkakan permukaan laut akan meningkat 60 sentimeter pada akhir abad ini.-AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
WION Dispatch:California shows highest global temperature in over 100 years | Climate Change


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Siberia records all time temperature high for the Arctic Circle | DW News


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Perubahan iklim lonjak isi padu tasik glasier - Kajian

PARIS: Kajian berdasarkan data satelit mendapati isi padu tasik yang terbentuk susulan pencairan glasier di seluruh dunia akibat perubahan iklim, melonjak sebanyak 50 peratus dalam tempoh 30 tahun.

Pakar Geomorfologi di University of Calgary, Prof Madya Dan Shugar yang juga seorang penulis utama, berkata bukan semua air daripada pencairan glasier itu akan mengalir ke laut dengan serta-merta.

"Namun hingga kini, tiada data untuk menganggarkan berapa banyak ia tersimpan di dalam tasik atau air bawah tanah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, penemuan itu yang diterbitkan dalam 'Nature Climate Change', semalam, bakal membantu saintis dan kerajaan di serata dunia untuk mengenal pasti potensi bahaya kepada masyarakat di kawasan hilir tasik yang lazimnya tidak stabil itu.

Ia juga akan meningkatkan ketepatan anggaran kenaikan paras laut menerusi pemahaman lebih baik mengenai bagaimana dan berapa pantas air daripada pencairan glasier mengalir ke laut.

Berdasarkan kajian sebelum ini, glasier di seluruh dunia terutama di rantau pergunungan tinggi, berkurangan kira-kira 6.5 trilion tan secara besar-besaran antara 1994 hingga 2017.

Sementara itu, Profesor Iklim di Potsdam Institute for Climate Change Impact, Anders Levermann, memberitahu AFP bahawa dalam tempoh 100 tahun lalu, sebanyak 35 peratus daripada peningkatan paras laut global disumbangkan pencairan glasier.

Sumber utama lain kepada peningkatan paras laut ialah lapisan ais dan pengembangan air laut ketika panas.

Purata suhu permukaan bumi meningkat satu darjah Celsius sejak era praperindustrian, namun rantau pergunungan tinggi di serata dunia mengalami iklim lebih panas sebanyak dua kali ganda sehingga mempercepatkan pencairan glasier.

Tidak seperti tasik biasa, tasik glasier adalah tidak stabil kerana sering diliputi ais atau sedimen daripada serpihan dan batuan berstruktur longgar.

Apabila air yang terkumpul meletus menembusinya, banjir besar boleh melanda kawasan hilir.

Menurut kajian diterbitkan dalam Nature Climate Change, banjir sedemikian yang dikenali sebagai letusan tasik glasier, telah meragut ribuan nyawa pada abad lalu, selain menyebabkan kemusnahan penempatan, infrastruktur dan ternakan.

Insiden terbaru dilaporkan ialah letusan tasik glasier yang membanjiri Lembah Hunza di Pakistan pada Mei lalu.

Januari lalu, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 3,000 tasik glasier terbentuk di rantau Hindu Kush-Himalayan, dengan 33 berupaya mendatangkan ancaman yang boleh memberi kesan terhadap tujuh juta orang.

Kajian baharu itu adalah berdasarkan 250,000 pemandangan daripada misi satelit Landsat bawah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Ia menganggarkan isi padu tasik glasier ketika ini adalah melebihi 150 kilometer kubik, bersamaan dengan satu per tiga daripada isi padu Tasik Erie di Amerika Syarikat (AS) atau dua kali ganda isi padu Tasik Geneva.

Shugar berkata, data berkenaan tidak mungkin dianalisis dan diproses pada abad lalu. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register