InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 50,802
- Reaction score
- 4,383
- Points
- 601

Gambar yang diperoleh dari NASA menunjukkan rekahan ais di Larsen C, Antartika. - Agensi
PARIS 6 Julai - Imej satelit semalam mendedahkan gambar bongkah ais yang mempunyai saiz lebih besar daripada Delaware di Amerika Syarikat mulai merekah di Antartik Barat.
Agensi Angkasa Eropah (ESA) memaklumkan, bongkah berkenaan dari kawasan Larsen C, salah satu bongkah ais terbesar yang pernah dicatatkan dalam sejarah dijangka akan hanyut sekitar 6,600 kilometer persegi.
Kedalaman bongkah itu di bawah paras laut mencapai 210 meter atau 60 tingkat.
"Rekahan ais itu kini berukuran 200 kilometer panjang dan hanya lima kilometer antara hujung rekahan dengan lautan," ujar ESA dalam satu kenyataan. - AFP
Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika
![]()
LONDON: Salah satu aisberg terbesar dalam sejarah terpisah dari glasier Antartika.
Keadaan itu menjejaskan kapal-kapal di sekitar benua itu.
Aisberg seberat satu trilion tan yang berukuran 5,800 kilometer persegi terpisah dari pentas ais Larsen C di Antartika antara 10 dan 12 Julai lalu.
Perkara itu disahkan saintis di Universiti Swansea dan Penyelidikan Antartik British.
Aisberg itu sudah menunjukkan tanda-tanda untuk terpisah selama beberapa bulan.
Sepanjang musim sejuk di Antartik, saintis memantau kejadian itu menggunakan satelit Agensi Angkasa Eropah.
“Aisberg itu adalah yang terbesar pernah direkodkan dan keadaannya pada masa depan sukar dijangka.
“Mungkin ia akan kekal begitu tetapi besar kemungkinan ia akan terpisah menjadi ketulan ais. Beberapa ketulan ais akan kekal di situ berdekad-dekad lamanya, manakala sebahagian daripada aisberg itu mungkin dihanyutkan ke utara kawasan kurang sejuk," kata Adrian Luckman, seorang pensyarah di Universiti Swansea.
Luckman juga merupakan ketua penyiasat Projek MIDAS, yang ditugaskan untuk memerhatikan glasier ais itu sejak beberapa tahun lalu.
Aisberg yang terpisah itu boleh menambahkan risiko terhadap kapal-kapal yang belayar.
Pada 2009, lebih 150 penumpang dan anak kapal telah dipindahkan apabila MTV Explorer tenggelam selepas merempuh aisberg di semenanjung Antartika.
Aisberg yang dikenali sebagai A68, telah terapung sebelum terpisah, oleh itu, tiada impak besar berlaku pada aras laut.
Namun proses itu menyebabkan pentas ais Larsen C berkurang lebih 12 peratus di kawasan itu.
Pentas ais Larsen A dan B yang berada di penghujung utara, Semenanjung Antartika tiba-tiba terpisah pada 1995 dan 2002.
“Ini menyebabkan kadar kenaikan glasier di belakang pentas ais tersebut, dengan jumlah ais yang hanyut ke laut, menyumbang kepada kenaikan aras laut.
“Jika Larsen C mula terpisah, maka kita akan melihat kenaikan aras laut," kata David Vaughan, pakar glasier dan pengarah sains di Penyelidikan Antartik British.
Mstar
Panas ekstrem yang melanda negara boleh bawa maut
![]()
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Musim panas ekstrem yang melanda negara sejak kebelakangan ini bukan sahaja boleh memberi tekanan kepada tubuh badan tetapi juga memberi kesan kesihatan sehingga ke tapap boleh mencetuskan strok haba dan kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim panas melampau.
Jelas beliau, masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.
“Minumlah banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik semasa musim panas ini,” kata beliau dalam kenyataan yag dikeluarkan hari ini. - UTUSAN ONLINE
Lubang besar pada Antartika
![]()
RAKAMAN imej lubang gergasi dikeluarkan oleh Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA).
LONDON 13 Okt. - Para saintis menemukan sebuah lubang besar bersaiz seperti negara Belanda di Antartika baru-baru ini.
Menurut Mirror.co.uk, lubang dikenali sebagai polynya itu ditemukan menerusi rakaman imej satelit.
Istilah polynya diambil daripada bahasa Rusia untuk kawasan air terbuka yang dikelilingi oleh ais.
Para saintis berkata, itu bukan kali pertama mereka melihat lubang tersebut.
Lubang besar itu terletak di Weddell Sea, timur Semenanjung Antartika dan kali pertama muncul ialah pada tahun 1970-an dan diperhatikan selama tiga musim sejuk berturut-turut.
Kemudiannya, lubang itu tertutup selama 40 tahun dan pernah terbuka selama tiga minggu pada tahun lalu.
Ahli fizik atmosfera, Kent Moore yang juga profesor di Universiti Toronto sedang mengkaji fenomena tersebut.
“Fenomena itu seperti anda menebuk lubang di dalam ais. Kami masih cuba mencari punca berlakunya lubang itu. Jika tiada satelit, kita tidak akan tahu kewujudannya,” katanya.
Moore dan saintis lain sedang menjalankan kajian untuk memahami kewujudan polynya.
Walaupun ada yang cuba me*ngaitkannya dengan perubahan iklim, Moore menegaskan dakwaan tersebut belum dapat di*sahkan.
Sumber:Utusan
Sydney, Melbourne dijangka alami suhu panas melampau
![]()
SYDNEY: Sydney dan Melbourne dijangka dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 25 tahun lagi, walaupun Australia mampu memenuhi sasaran pemanasan global Paris.
Maklumat itu didedahkan dalam laporan terbaharu kajian yang diketuai Universiti Kebangsaan Australia (ANU) dan Pusat Kecemerlangan Sistem Sains Iklim, iaitu sebuah konsortium antarabangsa.
Konsortium itu turut menyarankan supaya bahagian lain di Australia turut bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlaku peningkatan suhu.
Pada masa sama, ia turut menilai potensi besar suhu melampau di bawah Perjanjian Paris membabitkan 196 negara, yang menyasarkan pengurangan kenaikan suhu global kepada antara 1.5 darjah Celcius hingga dua darjah Celcius di atas tahap pra perindustrian.
"Bandar utama di Australia seperti Sydney dan Melbourne, mungkin mengalami suhu melampau sehingga 50 darjah Celsius," kata saintis iklim ANU, Sophie Lewis sambil menambah ia boleh berlaku menjelang 2040-an. - AFP
sumber :bharian
Pencairan ais Greenland amat membimbangkan
![]()
PEMBIAKAN alga pada lapisan ais mampu menyebabkan pencairan ais berlaku dengan pantas.
NUUK, GREENLAND 25 Julai - Para saintis melahirkan kebimbangan serius terhadap pencairan lapisan ais di Greenland yang boleh meningkatkan paras air laut dengan pantas tanpa dijangka.
Malah kata mereka, cuaca yang panas menggalakkan pertumbuhan alga dan menyebabkan permukaan ais berwarna gelap.
Permukaan ais yang gelap menyerap lebih banyak radiasi solar sekali gus mempercepatkan pencairan ais berbanding ais berwarna putih.
Pada masa ini lapor portal BBC, lapisan ais di Greenland menyumbang kepada pertambahan sehingga satu milimeter setahun kenaikan paras purata global lautan
Ini merupakan jumlah terbesar ais di hemisfera utara yang meliputi kawasan seluas tujuh kali ganda United Kingdom (UK) dan mencapai ketebalan tiga kilometer.
Purata paras laut di seluruh dunia akan meningkat kira-kira tujuh meter jika semua ais itu cair.
Oleh yang demikian, walaupun Greenland terletak di kawasan terpencil, pulau terbesar di dunia itu merupakan kawasan tumpuan penyelidikan yang mempunyai kaitan langsung dengan bandar-bandar pesisir utama seperti Miami, London dan Shanghai dan kawasan rendah di Bangladesh dan beberapa bahagian Britain.
Alga mula-mula muncul pada lapisan ais Greenland lebih satu abad yang lalu tetapi ketika itu potensi kesannya tidak dipedulikan sehingga berlaku keadaan sekarang.
Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini para penyelidik telah mula meneroka keupayaan dan cara tumbuhan kecil mikroskopik itu boleh menjejaskan pencairan ais pada masa akan datang.
Projek penyelidikan selama lima tahun yang dikenali sebagai Black and Bloom yang dikendalikan oleh UK mengkaji spe*sies alga yang berbeza dan cara tumbuhan itu membiak.
Dapatan kajian yang diperoleh digunakan untuk mening*katkan unjuran komputer terhadap kenaikan paras laut pada masa hadapan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...and-amat-membimbangkan-1.507256#ixzz4nzLZthw3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Last edited: