Cium Remaja Perempuan, Warga Pakistan Di Pukul Penduduk

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,533
Reaction score
3,683
Points
236
17.10.2020 - Kepala Batas, Polis menahan lelaki warga Pakistan semalam selepas dia dipercayai mencabul seorang remaja perempuan ketika sedang menjual aiskrim kepada mangsa dan adiknya di Taman Seri Indah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 14 tahun bersama adik perempuannya berusia enam tahun membeli aiskrim yang dijual lelaki berusia 25 tahun di hadapan rumah mereka. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa menahan motosikal dinaiki suspek untuk membeli aiskrim.

"Ketika mangsa sedang melihat aiskrim di dalam tong ais secara tiba-tiba suspek memegang bahu mangsa hingga menyebabkan mangsa terkejut dan mengundur ke belakang. Suspek kemudiannya memberi aiskrim seperti yang diingini adik mangsa dan ketika mangsa ingin membayar, suspek bertindak memegang tangan mangsa lalu cuba menciumnya," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan terus berlari masuk ke kawasan rumahnya dan menutup pintu pagar.

"Suspek masih berada di hadapan rumah mangsa dengan menunjukkan wang sambil memanggil mangsa supaya datang kepadanya sebelum beredar. Mangsa menceritakan insiden itu kepada keluarganya dan semalam apabila suspek keluar menjual aiskrim di kawasan itu pada jam 4.30 petang, dia dipukul orang awam yang marah dengan perbuatan suspek mencabul remaja perempuan terbabit.

"Kejadian itu dimaklumkan kepada polis dan sebaik tiba di lokasi mendapati suspek cedera di pukul di bahagian mulut," katanya.

Noorzainy berkata, suspek dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Imigresen 1959 kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah. Terdahulu, tular satu klip video berdurasi dua minit 33 saat di media sosial berhubung seorang lelaki warga asing dipercayai dipukul oleh seorang lelaki warga tempatan susulan tindakannya mencabul seorang remaja perempuan.

Noorzainy berkata, polis meminta supaya orang awam tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat setempat.

"Polis juga meminta kerjasama dengan tidak menyebarkan video klip itu berikutan suspek sudah ditahan dan siasatan sedang dijalankan," katanya.


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/631707/cium-remaja-perempuan-warga-pakistan-dipukul-penduduk
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,533
Reaction score
3,683
Points
236
Warga Pakistan Buat Laporan Polis Dakwa Di Pukul

18.10.2020 - Kepala Batas, Lelaki warga Pakistan yang dipukul selepas didakwa mengganggu seorang remaja perempuan di Taman Seri Indah, Kepala Batas pada Jumaat lalu membuat laporan polis semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, lelaki berusia 24 tahun itu membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul dua lelaki selain suspek bertindak meminta wang daripadanya.

Noorzainy berkata, dalam kejadian Jumaat lalu, lelaki itu mendakwa telah didatangi oleh seorang lelaki selepas selesai menjual aiskrim kepada seorang kanak-kanak di hadapan sebuah rumah.

“Menurut mangsa, lelaki itu telah memberhentikan kereta dan meminta wang daripadanya sebelum menampar dan menendang motosikal mangsa selepas dia memberitahu tidak mempunyai wang. Suspek juga dikatakan meminta telefon bimbit mangsa dan telah bertindak memukul mangsa beberapa kali menggunakan sebatang kayu," kata Noorzainy dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah Noorzainy, suspek juga bertindak menghubungi seorang rakannya sebelum lelaki itu turut memukul dan menendang mangsa beberapa kali. Noorzainy berkata, orang awam yang menyedari kejadian itu telah menegur perbuatan suspek dan menasihatkan mereka membuat laporan polis.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit dibahagian kepala, lebam dan calar di beberapa bahagian badan dan dihantar ke Hospital Kepala Batas, untuk menerima rawatan. Menurut Noorzainy, hasil soal siasat, lelaki Pakistan itu mendakwa pertama kali pergi berniaga aiskrim di kawasan itu pada Jumaat lalu dan tidak pernah pergi ke kawasan tersebut sebelum ini.

Pada Sabtu, media melaporkan seorang peniaga aiskrim warga Pakistan ditahan polis selepas didakwa mengganggu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ketika berniaga di kawasan itu pada Khamis lalu. Lelaki itu didakwa memegang bahu mangsa dan memegang tangannya sebelum mahu mencium remaja itu ketika dia bersama adiknya membeli aiskrim di hadapan rumah.

Berita asal https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-pakistan-buat-laporan-polis-dakwa-dipukul-264142
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,956
Reaction score
1,698
Points
151
Gersang melancap laaa
Ada kacau anak org
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,336
Reaction score
2,176
Points
206
lesen moto ada ke tak tu?
gedebe sungguh tayang duit kat budak tempatan nak ajak couple ye. hahaha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register