BTC USD 27,012.9 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Twitter Ciri “Verified” Twitter Blue Hanya Di Sokong Di AS, UK, Kanada & New Zealand

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Sejak Elon Musk mengambil-alih Twitter, pelbagai ciri baharu diumumkan akan ditawarkan pada platform media sosial ini. Antaranya adalah lampiran teks panjang, DM berbayar untuk selebriti menjana pendapatan, ciri video berbayar, butang edit kepada semua pengguna, ciri Verified melalui Twitter Blue dan banyak lagi. Kebanyakannya adalah melalui langganan Twitter Blue dengan harga baharu iaitu $7.99 sebulan.

Semalam, aplikasi Twitter di iOS mula menerima kemaskini sebagai persediaan untuk akses Twitter Blue baharu. Dalam versi 9.34.3, log perubahan yang disenaraikan adalah harga baharu Twitter Blue, kehadiran ciri Blue checkmark, separuh iklan daripada biasa, memuat naik video panjang, keutamaan pada membalas ciapan, mentions, dan kurang diserang oleh bot.

Twitter turut menyenaraikan yang ciri Verified iaitu hanya akan disokong di negara Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan UK sahaja buat masa ini. Dalam kemaskini ini, semua ciri ini masih belum boleh diakses dan masih lagi di peringkat ujian. Harga langganan pun masih lagi $4.99 atau RM22.90 di Malaysia. Harga baharu akan datang mungkin akan mencapai lebih RM38.​

1667829150172.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Mengelirukan Pengguna, Langganan Twitter Blue Di Hentikan Sementara

Hanya beberapa minggu setelah Elon Musk mengambil alih Twitter, isu mengenai langganan Twitter Blue terus berlanjutan. Terbaru, laporan menyatakan langganan Twitter Blue telah dihentikan buat sementara waktu. Langkah itu dibuat apabila beberapa akaun yang menyamar sebagai jenama besar, ahli politik dan sebagainya telah menerima tanda biru (Verified), yang sebelum ini menjadi tanda pengesahan bagi akaun sebenar.

Akaun-akaun palsu itu dikatakan telah menerima tanda biru setelah melanggan Twitter Blue pada harga $7.99 (RM34.90) sebulan, yang mana terhad bagi pengguna Twitter untuk iOS di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand. Berikut adalah antara akaun palsu yang menerima tanda biru di Twitter;

1. Tesla

Tesla-Fake.jpg

2. Nestle

FhSUJEOWAAApdvy.jpeg

3. SpaceX

spacex-Fake.png

4. Donald Trump

Fake-Donald-Trump.png

5. Pepsi

FhSWo3bX0AAF1kZ.jpeg

6. Apple

Apple-Fake.png


Melihat pada akaun yang menyamar itu, pengguna mungkin tidak menyedari akaun tersebut adalah palsu. Tambahan pula terdapat tanda biru yang sebelum ini menjadi rujukan pengguna bagi mengesahkan jika akaun yang dilihat adalah benar atau sekadar parodi dan sebagainya.

Sudah pasti, jika perkara sebegini berterusan, ia akan menimbulkan kekeliruan orang ramai dan sekali gus memberi impak kepada penyebaran maklumat yang tidak benar di platform itu.

Walau bagaimanapun, buat masa ini isu tersebut telah diatasi dengan menghentikan segera langganan Twitter Blue dan menggantung akaun palsu yang terlibat. Seharusnya, Elon Musk dan pasukannya perlu mempunyai perancangan yang teliti sebelum mengimplementasikan tanda biru dalam langganan Twitter Blue. Jika sebaliknya, ia mungkin akan terus disalahgunakan.

Sumber asal BBC, Mashable,
Gizmodo
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Akaun Baharu Twitter Perlu Tunggu 90 Hari Untuk Melanggan Twitter Blue

Langganan Twitter Blue kini dihentikan bagi mengelakkan salah guna dan mengelakkan masalah penyamaran identiti. Ia hanya akan dikembalikan pada 29 November nanti. Ini kerana, Twitter Blue kini menawarkan tanda calit biru bagi mengesahkan akaun yang melanggan sama seperti akaun Twitter selebriti, agensi kerajaan, orang ternama atau jenama besar.

Kini, laman Twitter Blue baharu menyatakan bukan semua akaun Twitter dibenarkan melanggan Twitter Blue. Jika akaun yang baru dicipta, ia perlu tunggu selama 90 hari sebelum boleh mula melanggan. Twitter turut menyatakan yang di masa akan datang, akaun terpilih mungkin akan mempunyai tempoh menunggu lain tanpa sebarang notis.

Twitter-Blue-Tunggu-90-Hari-Akaun-Baharu-950x210.webp


Twitter Blue buat masa ini hanya akan ditawarkan kepada Ameria Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, dan UK. Ia juga terhad kepada pengguna iOS sahaja, di mana jika pengguna sudah melanggan Twitter Blue – mereka perlu menaik taraf ke langganan baharu. Sementara pengguna yang melanggan melalui Android tiada pilihan untuk naik taraf ke pelan baharu yang menyokong tanda calit biru.

Di Malaysia, harga Twitter Blue mungkin akan bernilai RM34.90 sebulan. Namun ia mungkin berubah di masa akan datang apabila sudah rasmi nanti.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Langganan Twitter Blue Mungkin Di Tingkatkan Ke $11 Sekiranya Di Bayar Melalui Aplikasi iOS

Apple mungkin sudah kembali membeli iklan di platform media sosial Twitter, akan tetapi Twitter nampaknya mempunyai pelan tersendiri untuk memastikan bahawa mereka mempunyai cara untuk tidak memberi wang kepada Apple kerana isu potongan keuntungan 30% keatas sebarang pembayaran yang dibuat melalui platform pembayaran aplikasi iOS.

Terkini, Twitter dilaporkan akan meningkatkan harga langganan Twitter Blue mereka ke $11 jika pembayaran dibuat melalui aplikasi iOS mereka, iaitu peningkatan 30 peratus daripada harga langganan asal mereka, iaitu $8. Bukan itu sahaja, Twitter dijangka akan menurunkan harga langganan Twitter Blue ke $7 sekiranya pembayaran dilakukan melalui laman web Twitter. Setakat ini ia tidak diketahui lagi samada peningkatan harga ini akan berlaku kepada aplikasi Twitter untuk Android ataupun tidak.

Elon Musk sebelum ini mendakwa bahawa Apple tidak percaya akan kebebasan berkata apabila syarikat tersebut menarik iklan daripada platform tersebut untuk beberapa minggu dan telah mengatakan bahawa Apple mengait keuntungan berlebihan dengan meminta potongan 30 peratus daripada pembayaran dalam aplikasi dan langganan yang dilakukan melalui platform tersebut.
1670488427079.png

Sumber asal https://www.reuters.com/technology/...euters) - Twitter,person briefed on the plans.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register