BTC USD 23,432.6 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Cip APU AMD Akan Datang Di Jangka Guna Cip Grafik AMD RDNA3

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,697
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,697
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
AMD Accelerated Processing Unit ataupun APU ialah cip pemprosesan SoC yang menggabungkan komponen cip pemprosesan dan juga grafik dalam satu komponen yang membolehkan jenama-jenama pembuat komputer riba ataupun desktop untuk membangunkan komputer yang boleh dilihat sebagai cukup berkuasa, tetapi dengan saiz yang lebih padat.

AMD-Dragon-Range-Phoenix-950x451.jpg.webp


Dua daripada APU yang akan diperkenalkan oleh AMD ialah Dragon Range dan Phoenix yang mana ia dibangunkan untuk komputer riba gaming (Dragon Range) dan juga komputer riba kelas produktiviti asas (Phoenix).

AMD-DRAGON-RANGE-ZEN4-RDNA2-950x534.jpg.webp


Kemaskini kepada kod perisian pemandu kedua-dua APU ini baru-baru ini nampaknya telah meniriskan bahawa kedua-dua APU ini akan tampil dengan cip grafik RDNA3 yang baru terbina didalamnya. Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi samada ini adalah untuk semua model APU yang akan diperkenalkan oleh AMD, ataupun hanya untuk segelintir model berprestasi tinggi. AMD dijangka akan memperkenalkan cip pemprosesan APU Dragon Range dan Phoenix di acara CES 2023 kelak, manakala siri kad grafik RDNA3 mereka, AMD Radeon RX 7900 akan dilancarkan pada 13 Disember tahun ini.

Sumber asal https://www.coelacanth-dream.com/posts/2022/11/22/rdna_3-apu-gc_11_0_4/
 

CG Sponsors




Top
Log in Register