BTC USD 58,110.9 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

cinta rahsia norish

ivy_aku

Super Active Member
Joined
Jan 7, 2009
Messages
7,088
Reaction score
20
Points
65
Cinta rahsia Norish
Oleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]

AMPANG: “Perceraian kami berpunca daripada cinta rahsia dia (Norish Karman) dengan seseorang,” kata bekas suami Norish, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir ketika mengulas permintaan pelakon jelita itu supaya tidak memburukkan teman lelakinya.

Hashimuddin, 60, mendakwa selepas bercerai pada 15 Julai 2008, dia langsung tidak kisah dengan siapa Norish mahu bercinta.

Bagaimanapun, dia terpaksa bersuara apabila mendapati seolah-olah tiga anaknya dipergunakan Norish.

“Saya tidak cemburu langsung, apabila dia bebas membawa teman lelakinya ke rumah dengan anak saya ada di sana, malah membawa mereka bercuti sekali di Pulau Tioman, Pahang, Mac lalu.


Hashimuddin mendedahkan rahsia cinta Norish dengan seseorang bermula sekitar Oktober 2007, malah keluarga lelaki itu turut meminta dia campur tangan untuk menghentikan hubungan terbabit.

“Mula-mula saya hanya mendengar khabar angin, tetapi mempercayainya apabila anggota keluarga lelaki itu bertemu saya meminta menghalang hubungan itu.

“Saya pernah bersemuka dengan lelaki itu dan meminta dia sedar perbuatannya itu melanggar hukum agama. Tetapi mereka teruskan juga hingga Norish meminta saya menceraikannya,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Menanti, Negeri Sembilan dari 1995 hingga 1999 itu.

Menurut Hashimuddin, hati suami mana yang tidak terhiris apabila bekas isteri memburukkan namanya selepas berpisah.

“Macam-macam dia tuduh seolah-olah saya ini kejam sangat hingga orang luar yang tidak tahu apa-apa memandang serong. Selama ini saya mendiamkan diri kerana saya bukan artis yang memerlukan publisiti media, saya ahli perniagaan, untung atau rugi, saya tanggung sendiri,” katanya.

Dia mendakwa ada bukti dan saksi hubungan pasangan terbabit bukan sekadar kawan biasa.

“Perkara itu akan saya huraikan di mahkamah nanti,” katanya yang akan terus mendapatkan bantuan media menjawab tohmahan Norish selagi pelakon itu berkeras mahu menyalahkannya terhadap keruntuhan rumah tangga mereka.

Harian Metro semalam melaporkan Norish mendakwa dia tidak pernah mereka cerita mengenai dirinya dan wang edah serta sampingan lain diterimanya selepas perceraian dengan Hashimuddin, sebaliknya hanya menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat.

Norish berkata demikian susulan laporan Metro Ahad menyebut Hashimuddin tampil menjelaskan maklumat lengkap, dia memberi RM5,000 sebulan dalam tempoh edah selama tiga bulan 10 hari, membayar sewa rumah RM15,000, wang pendahuluan rumah RM9,000 dan kos berpindah RM3,000


:eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

damiaphang

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
nama pun kata artis....perkara biasa bagi derang...
 

taikunx

Active Member
Joined
Dec 21, 2007
Messages
1,395
Reaction score
9
Points
25
rupenya ada buah hati lain rupenya, sendiri ada scandal, minta cerai pulak,
pompuan oooo pompuan, Jgn lepas ni kat mahkamah citer keburukan suami pulak, sendiri mau ingat
 

suweb84

Active+ Member
Joined
Feb 13, 2008
Messages
3,214
Reaction score
10
Points
25
pasal die nie lg...

dah tdesak,brukkan x-suami nk dpt duit..
 

taikunx

Active Member
Joined
Dec 21, 2007
Messages
1,395
Reaction score
9
Points
25
rupenya ada buah hati lain rupenya, sendiri ada scandal, minta cerai pulak,
pompuan oooo pompuan, Jgn lepas ni kat mahkamah citer keburukan suami pulak, sendiri mau ingat
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register