Cincin berlian, hadiah 'tanda janji setia' Mail dan Shalma

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,069
Reaction score
12,213
Points
2,376


ISMAIL Izzani hadiahkan Shalma cincin berlian. FOTO IG

Kuala Lumpur: Penyanyi Ismail Izzani menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada kekasihnya yang juga penyanyi Shalma Eliana sebagai tanda janji 'setia'.

Hadiah berkenaan diberi berikutan Shalma bakal menyambung pengajiannya ke luar negara untuk tempoh dua tahun.

Ismail berkata, dia menolak tanggapan ramai jika ada yang mendakwa cincin itu untuk majlis pertunangan mereka.

"Jangan salah anggap. Dia akan bertolak ke luar negara untuk menyambung pengajian sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun.

"Cincin ini diberikan sebagai tanda cinta kami berdua. Kami belum lagi bertunang, Insha-Allah satu hari nanti. Terima kasih atas doa kalian," katanya dalam satu perkongsian di Instagram Story.

Terdahulu Ismail berkongsi foto cincin dan video dia bersama Shalma ketika menikmati makan malam di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ismail turut berkongsi dia sudah berhabis lebih RM1,000 bagi mendapatkan sut lengkap untuk makan malam istimewa itu.

Pasangan itu turut melakukan cabaran spontan dengan mencari pakaian bersesuaian untuk majlis makan malam mereka di sebuah pusat beli belah di Damansara dalam masa 30 minit.

Menurut Ismail, dia mengakui sudah lama tidak meluangkan waktu bersama kekasihnya, Shalma disebabkan kekangan kerja.

"Sejak kebelakangan ini kita jarang dapat meluangkan waktu bersama sebab kekangan kerja.

"Kita berdua juga melalui detik jatuh bangun bersama dalam melayari perhubungan ini. Saya cintakan awak. Hampir dua tahun kita bersama dan akan terus menghitung hari bahagia bersama," katanya.


 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,294
Reaction score
21,165
Points
1,671
mmg pggil budak ni mail ke

ala tu nnt play at my back
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,475
Reaction score
373
Points
46
alah pergi 2 tahun mcm la tak balik2 dlm tempoh tu..
sana cuti panjang2 ..summer 3 bulan, winter sebulan.. blm campur cuti kecik2 lain..setakat 2-3 kali balik setahun mmg boleh..
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,577
Reaction score
198
Points
73
moga bahagia la mail
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,805
Reaction score
376
Points
91
kok mung laa mail... :ROFLMAO:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register