Cikgu tiada kerja kerana menteri bergasak sesama sendiri

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Isu ini bukan isu baru, cuma kini dibangkitkan semula apabila bertambah kritikal. Semalam timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zakarshi menyalahkan IPTA yang terus menawarkan program ijazah pendidikan di negara ini.

Apabila Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi diasingkan maka wujud masalah kerana tidak ada keselarasan. Mungkin setiap menteri yang mewakili kementerian terbabit mempunyai agenda politik tersendiri.

28 Institut Pendidikan Guru kekal di bawah KP yang kini dinaik taraf untuk melahirkan graduan dalam ijazah pendidikan untuk ditempatkan di sekolah rendah .

Penempatan guru,sekolah rendah dan menengah juga terletak di bawah KP. Dalam masa yang sama IPTA,IPTS termasuk UPSI yang terletak di bawah KPT terus menawarkan program ijazah pendidikan.

Memandangkan IPG merupakan produk KP, sudah pasti keutamaan diberikan dalam urusan penempatan. Lebihan atau saki baki kekosongan baru ditawarkan kepada KPT.

Maka berlakulah hari ini apa yang diistilahkan lambakan graduan IPTA/IPTS dalam bidang pendidikan. Jika dulu bidang pendidikan adalah 'pasport' untuk menjadi guru kini tidak lagi.

Sepatutnya masalah tak berlaku, KP atau KPT dua-dua di bawah kabinet 1Malaysia. Apa yang mereka buat dan bincang masa mesyuarat kabinet? lainlah kalau KP di bawah kerajaan [email protected] dan KPT di bawah Pakatan Rakyat. Sudah pasti wujud diskriminasi.

Nama je kabinet 1Malaysia tetapi masalah ini pun tak boleh selesaikan. Menjadi mangsa adalah ribuan graduan pendidikan yang sehingga hari ini menjadi penganggur.

Adakah kerajaan nak suruh mereka jual burger? Jika tidak pun minta mereka jangan pilih kerja, kerajaan 1Malaysia syorkan buatlah apa yang patut tanam kangkung atau jual kacang putih?

Timbalan Perdana Menteri yang juga MP turut bertanggungjawab terhadap KPT. Kalau KPT tak penting atau tidak sehaluan dengan dasar, mansuhkan terus pos kabinet ini tak perlu diadakan.

Hari ini kedua-dua menteri KP dan KPT dari parti 'juara rakyat' yang bangga dengan slogan rakyat didahulukan terus mempersendakan rakyat di negara ini.
Selesaikan dulu masalah dari parti dan kabinet dari sibuk-sibuk nak jadi juara rakyat.
Sumber

--------------
kah kah kah... kecik punya hal pun tak boleh settle ka? Hari tu di Pahang kata tak cukup guru. di Sabah dan Sarawak pun ada kekurangan guru. tapi dua2 kementerian ada overlap kerja. gaduh sesama sendiri. gaduh sama IPTA yg menawarkan degree pendidikan. Ni apa hat gaduh2???? PRU akan datang itu dua2 menteri kasi turun looooooo.... :))
 
Sponsored Post

hapizi84

Active Member
Joined
Aug 31, 2009
Messages
1,675
Reaction score
20
Points
25
Desak je Menteri n Timbalan menteri pendidikan letak jawatan.Sepatutnya diorg cari solusi selesaikan masalah tu,ni x asyik slahkan org lain je..Apa yg aku tau,skolah2 kat area2 pedalaman mcm kat sabah n sarawak masih xckup guru.
 

Mangkuk ayun

Banned
Joined
Jan 13, 2009
Messages
3,146
Reaction score
166
Points
33
Ni salah cekgu kpli laa...takleh keja ..mita cekgu ..alasan kerja susah, nak senang,,,yg jadi mangsa cekgu2 yg ambik pendidikan 4 thnn...patutu bagi keutamaan kat diorang dulu....
 

amien

Fun Poster
Joined
Oct 27, 2009
Messages
647
Reaction score
10
Points
15
masalahnye bukan takde penempatamn untuk guru,
tapi majoriti guru-guru ni terlalu memilih tempat mengajar.
korang ingt nak ke cikgu-cikgu dari semenanjung ni nak mengajar kt
sabah n sarawak? jangan harapla (masih ada minoriti yang rela hati mengajar di kawasan pedalaman)..

aku terlibat untuk projek solar pendidikan untuk sabah dan sarawak.
dah nmpk sgt dh ape perangai cikgu-cikgu dari semenanjung ni.
 

faizextreme

Active+ Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
3,044
Reaction score
3
Points
25
dulu KPT dah buat MOU dengan maktab perguruan ni.maktab perguruan latih guru sekolah rendah,U latih guru sekolah menengah.skrg duk bising2 graduan U xde kerja.sedangkan pengambilan student Maktab perguruan mengikut unjuran kerja.
 

jutawan_kokusba89

Legendary Member
Joined
May 12, 2008
Messages
10,864
Reaction score
9
Points
115
ni graduan under kementrian pengajian tinggi bukannya kementrian pelajaran malaysia
 

faizextreme

Active+ Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
3,044
Reaction score
3
Points
25
Ni salah cekgu kpli laa...takleh keja ..mita cekgu ..alasan kerja susah, nak senang,,,yg jadi mangsa cekgu2 yg ambik pendidikan 4 thnn...patutu bagi keutamaan kat diorang dulu....
y kpli pon satu..bermasalah..y dah kerja pon sggup berenti sbb nk jd cikgu.bila dah jd ckgu,demand plak.dah la elaun pon rm1300 masa latihan.dalam pengamatan aku hanya 10% je KPLI y btol2 nk jd cikgu.y lain,hampeh.
 

only1

Super Active Member
Joined
Feb 9, 2008
Messages
9,134
Reaction score
69
Points
70
Profesion perguruan x mcm dulu lagi... elok la pilih profesion lain.. byk lg lubuk rezeki.. klu nak jd guru pilih bidang yg kritikal seperti bahasa inggeris, sains n math..

tak tahu la. dengar kata permintaan melebihi penawaran untuk sekolah menegah..

sat lg berlaku byk lambakan lar..
 

faizextreme

Active+ Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
3,044
Reaction score
3
Points
25
Profesion perguruan x mcm dulu lagi... elok la pilih profesion lain.. byk lg lubuk rezeki.. klu nak jd guru pilih bidang yg kritikal seperti bahasa inggeris, sains n math..

tak tahu la. dengar kata permintaan melebihi penawaran untuk sekolah menegah..

sat lg berlaku byk lambakan lar..
y ni aku stuju berbanding pengabilan guru sekolah rendah yang mengikut unjuran kerja yang tersedia lpas diorg grad nnti.
 

oxygenO2

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
12,191
Reaction score
29
Points
120
sebenarnye masih bnyk lg sek yg kekurangan guru,tp mostly sek rendah.sek menengah yg bnyk guru berlebihan,smua graduan dari u..jd bile posting,kadang graduan u pun kena campak ke sek rendah,w/pun derang stdy tuk sek menengah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register