akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,072
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,072
- Reaction score
- 6,990
- Points
- 881
- Awards
- 1
Cikgu tak mengaku simpan bahan lucah
Oleh Izz Laily Hussein
A view of the sea
GAMBAR HIASAN
Johor Bahru: Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyimpan bahan lucah dalam telefon bimbit, tahun lalu.
Pada awalnya, tertuduh, Gusti Ishak Fitri Shah, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret A Shaarmini.
Bagaimanapun, selepas ditanya oleh majistret sama ada tertuduh faham akan pertuduhan dan hukuman selepas mengaku bersalah memandangkan dia adalah penjawat awam, lelaki itu hanya tersenyum.
"Jangan senyum dekat saya. Saya tanya sama ada kamu mahu mengaku bersalah atau tidak. Jika tidak mengaku salah, kamu perlu dapatkan peguam untuk bela kamu," kata Shaarmini.
Tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menyimpan bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini, kira-kira jam 7 malam, 13 Januari 2024.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 Mei ini.
Disiarkan pada: May 16, 2025 @ 2:51pm