BTC USD 37,031.6 Gold USD 1,798.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cik B ingin masuk sekolah tahfiz

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,504
Reaction score
2,573
Points
201

Cik B ingin masuk sekolah tahfiz​

WhatsApp_Image_2021-06-13_at_8.37.38_AM_1623553214.jpg
Selain memasang impian memasuki pusat tahfiz wanita, Cik B juga mahu mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan komputer di Amerika Syarikat (AS). - Foto IG Cik B
KUALA LUMPUR: Penampilannya seperti tomboy dan agak kasar, namun pendatang baharu, Cik B memasang keinginan mengikuti pengajian di sekolah tahfiz wanita.

Nyata, keinginan Cik B yang kini bergelar penyanyi, pelakon dan pelawak tidak mendapat tentangan ibunya yang juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Sebaliknya, ibunya menyokong keinginan anak tunggal perempuan kesayangannya itu, asalkan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, gembira dengan keputusan dibuat.

Selain memasang impian memasuki pusat tahfiz wanita, Cik B juga berhasrat mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan komputer di Amerika Syarikat (AS).

Demi memenuhi kehendak Cik B, Vida berhasrat menghantar anak ketiga daripada empat beradik itu mengikuti pengajian diploma tanpa perlu menunggu sehingga habis persekolahan di Malaysia.

"Jika boleh saya mahu Cik B terus menyambung pengajian di peringkat diploma di AS, jadi tidak perlu pergi ke sekolah. Dia juga ada menyatakan hasrat mengikuti pengajian tahfiz. Jujurnya, saya tidak menyangka Cik B mempunyai keinginan belajar di sekolah tahfiz. Perkara seperti ini kena pupuk untuk mendatangkan minat.

"Buat masa ini, Cik B masih lagi bersekolah di rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak juga pelajaran yang tertinggal berikutan kesibukannya dalam dunia seni, tetapi insya-Allah cuba kejar balik. Selepas habis PKP, saya akan suruh Cik B kembali belajar seperti biasa.

"Mengenai pengajian di luar negara, Cik B meminati kejuruteraan komputer kerana berminat bergelar penyanyi rap. Saya merancang menghantarnya terus mengikuti pengajian diploma di AS supaya tidak perlu membazirkan masa. Tetapi, kena tengok juga keadaan semasa," kata Vida yang mahu anaknya tahu menseimbangkan antara dunia dan akhirat.

Sementara itu, Cik B mengakui, kesibukan dengan bidang seni menyebabkan pelajarannya terganggu memandangkan perlu berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur berikutan terbabit dalam program Muzikal Lawak Superstar.

"Tidak dinafikan, pelajaran saya terganggu berikutan perlu berulang alik ke Kuala Lumpur. Namun, saya akan berusaha mengejar kembali setiap pelajaran yang tertinggal," katanya kepada BH Online.

WhatsApp_Image_2021-06-13_at_8.37.47_AM_1623553207.jpg
Cik B berhasrat menurunkan berat badan bagi memenuhi permintaan ibunya yang mahu melihatnya mempunyai berat badan seimbang demi menjaga kesihatan. - Foto IG Cik B
Berkongsi perkembangan terbaharu, Cik B yang pernah dikecam berikutan dikatakan tidak layak bergelar penyanyi rap, namun, sikap serik tiada dalam hatinya. Sebaliknya, tampil dengan single raya berjudul It's Raya Baby berkolaborasi dengan Chubb-E.

Tidak sesekali menjadi kritikan sebagai pematah semangat, Cik B berkata, dia tidak sempat berlatih berikutan terlalu sibuk dengan tanggungjawab dalam program Muzikal Lawak Superstar.

"Saya tak sempat pun berlatih, sebaliknya terus masuk ke studio. Sebelum ini, ramai menyangka saya menggunakan suara Yonnyboii kerana suara kami serak. Jadi, ia membuatkan pendengar keliru.

"Saya berharap single It's Raya Baby diterima. Ini kali pertama saya bekerja dengan Chubb-E. Mulanya, saya agak kekok. Kami pernah bertemu, beberapa tahun lalu. Namun, apabila sudah lama tidak berjumpa, terasa segan.

"Tetapi, saya dan Chubb-E sedaya upaya mengikis rasa kekok untuk memudahkan kerja. Saya cuma berharap single It's Raya Baby yang menerapkan elemen hip hop dan pop ini diterima dengan baik," katanya.

Single It's Raya Baby ciptaan Cat Farish, Tiga Caliber (Unji, Newell & Fablo) dan Chubb-E.

Sementara itu, Cik B turut berkongsi hasratnya untuk menurunkan berat badan. Ia bagi memenuhi permintaan ibunya yang mahu melihatnya menurunkan berat badan demi kesihatan.

"Insya-Allah, saya bertekad menurunkan berat badan selepas Aidilfitri ini. Ia bagi memenuhi permintaan mama yang sudah lama meminta saya kurus. Setakat ini, saya tidak berasa tertekan kerana ia demi kebaikan saya juga," katanya.
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,969
Reaction score
1,909
Points
201
Masuk la cik b mn pun, cik b tu org ada duit....
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,504
Reaction score
2,573
Points
201

Sherry, Cik B serupa tapi tak sama​

1624170042824.jpeg
BARU-BARU ini pelakon dan pengacara Sherry Alhadad ada berkongsi sekeping gambar lama dirinya dalam Instagram.

Dua tiga kali juga Diva gosok mata sebab ingatkan Sherry kongsi gambar anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Sumpah! Memang persis sangat wajah Sherry ketika menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan wajah Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen.

Sehinggakan Datuk Seri Vida sendiri meninggalkan komen pada gambar tersebut dengan menyebut nama Cik B.

Melihat kemiripan wajah kedua-dua mereka, tidak mustahil Cik B bakal mengikuti jejak langkah Sherry untuk berjaya dalam industri dunia hiburan suatu hari nanti.

Tengoklah di mana kedudukan Sherry sekarang dalam industri hiburan tanah air. Bukan calang-calang ya. Makin cantik dan jelita pula.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register