BTC USD 28,070.7 Gold USD 1,982.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Christian Bale 
hina Nabi Musa

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
image.jpg


LOS ANGELES 29 Okt. – Pelakon kelahiran Britain, Christian Bale mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan Nabi Musa sebagai individu yang kejam dan mengalami sakit jiwa.

Kenyataan Bale yang memegang watak utama sebagai Nabi Musa dalam filem Moses in Exodus: Of Gods and Kings arahan Ridley Scott itu sekali gus menyentuh sensitivi agama khasnya penganut agama Kristian.

Bercakap semasa sidang media di sini bulan lalu, Bale berkata, dia telah membuat kajian mendalam bagi watak itu termasuk membaca Taurat, al-Quran dan kisah kehidupan Nabi Musa karya Jonathan Kirsch.

“Saya beranggapan lelaki itu mungkin gila dan satu daripada individu paling kejam yang pernah saya baca dalam hidup saya,’’ kata*nya sebagaimana lapor Mail Online.

Pengasas pertubuhan Faith Driven Consumer, Chris Stone berkata, dia terkejut dengan gambaran Bale tentang Nabi Musa.

“Apa yang dikatakan pelakon itu tidak dapat diterima masyarakat terutamanya penganut Kristian,’’ katanya.

Kebanyakan pengulas memberi kritikan serupa kepada pengarah filem Noah, Darren Aronofsky yang dibintangi Russell Crowe dan diterbitkan awal tahun ini.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...2-hina-nabi-musa-1.18417#sthash.SpoAP6dU.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register