BTC USD 31,756.4 Gold USD 1,785.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China tahan 460 penggodam komputer

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
China tahan 460 penggodam komputer

BEIJING 1 Dis. - China menangkap lebih 460 penggodam komputer dalam tempoh dari awal tahun ini sehingga akhir bulan lepas, tetapi prospek untuk mencegah serangan akan datang ke atas sistem keselamatan komputer masih suram.

Penangkapan itu diumumkan oleh Kementerian Keselamatan Awam China dalam satu kenyataannya lewat kelmarin, sehari selepas kawat diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang bocor disiarkan kepada umum.

Dalam satu kawat itu, sumber Jabatan Negara di China mendakwa Poliburo China mengarahkan sistem komputer Google dicerobohi, sebagai sebahagian kempen sabotaj komputer bersepadu yang dijalankan oleh pakar kerajaan China, pakar keselamatan swasta dan penggodam Internet.

"Kita masih menghadapi situasi yang sangat suram dalam usaha untuk menangkis serangan penggodam kerana bilangan serangan penggodam dan aktiviti sabotaj di China masih tinggi," kata seorang pegawai dalam kenyataan itu.

Kementerian tersebut mendakwa telah berjaya menyelesaikan 180 kes serangan siber sehingga akhir bulan lepas.

Seorang pegawai Kementerian Luar China yang enggan mengulas tentang dakwaan yang didedahkan oleh laman web Wikileaks itu, menyeru AS supaya 'mengambil langkah sewajarnya untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan' berhubung laporan tersebut.

Pada awal Februari lalu, China mengumumkan pihak berkuasa telah menutup laman web terbesar di negara itu yang melatih penggodam komputer dan menangkap tiga anggotanya.

Sebulan sebelum itu, Google Inc mengancam untuk keluar dari China selepas berlaku satu percubaan serius untuk menceroboh sistem komputernya oleh penggodam dari negara ini.

China berkata, ia tidak membenarkan kegiatan menggodam komputer yang masih menjadi hobi popular di kalangan rakyatnya, dengan pelbagai laman web menawarkan kursus untuk mempelajari asas-asas kemahiran tersebut. - Reuters
 
Sponsored Post

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
china skrg dan pandai main komputer hehehehe
 

herolzz

Fun Poster
Joined
Sep 16, 2009
Messages
445
Reaction score
0
Points
10
China tahan 460 penggodam komputer

dengan pelbagai laman web menawarkan kursus untuk mempelajari asas-asas kemahiran tersebut. - Reuters

ade ke ni,, bagi tau skit alamat dier,,, kih,kih
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register