Covid-19 China pamer vaksin COVID-19 buat pertama kali

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,459
Reaction score
1,883
Points
201
Usaha kerjasama dgn komunis :p

——-
China will work with M’sia to enhance Covid-19 vaccine development, says outgoing envoy Bai Tian
881569.jpg

PETALING JAYA: China will work together with Malaysia to enhance cooperation in developing a vaccine for Covid-19, says China’s ambassador to Malaysia Bai Tian (pic).

He said China will continue to be with Malaysia in the battle of pandemic control and economic recovery.

“Going forward, China will work together with Malaysia and enhance our cooperation in vaccine development and the resumption of production.

“We will continue to fight the battle of pandemic control and economy recovery side by side, shoulder to shoulder.

“We will fight as one until we win as one,” he said in his speech during an online reception in conjunction with China’s National Day and his farewell on Thursday (Oct 1).

He noted that China also looks forward to collaborating with all countries to promote international solidarity and cooperation and to uphold multilateralism and international justice.

“Together we can put an end to regional conflicts and global issues, together we can revive the global economy back to growth and prosperity. Together we can build a better future for our children,” he said.

Bai Tian said that 2020 is a special year as he would be concluding his term and returning to China since assuming office on Nov 28, 2017.

“I am going home in a few weeks’ time, but my heart will stay here,” he said, adding that the many challenges in the past three years have strengthened the friendship and cooperation between Malaysia and China.

“The mutual trust between China and Malaysia has become stronger, the prospect of our cooperation has become broader, the quality of our cooperation has become higher, and the resilience of our bilateral ties has become tougher.

“We are now having more friends in Malaysia from all walks of life,” he said.

Bai Tian noted that the bilateral economic cooperation between the two countries has been gradually expanded from the lower industry chain of manufacture, trade of primary products, and contract construction to high-end electronics, biomedicine and green energy.

“Our bilateral trade volume, the Chinese investment in Malaysia and the number of Chinese tourists visiting Malaysia keep rising to new heights year by year.

“Our cooperation in science, education, culture, defence and other areas has all borne fruitful results,” he said.

Bai Tian also said he would never forget a Malay proverb that he has repeated countless times, bukit sama didaki, lurah sama dituruni (together let's overcome obstacles).

“It is a vivid testimony of the profound friendship between two true friends who always come to help each other in times of need,” he said, adding that he would cherish all the great memories and bring them back with him to China.

Thanking Malaysia and the people’s support for him and the embassy, Bai also extended his wishes for Malaysia to have political stability and social harmony in the coming years.

“I hope Malaysians will accomplish more achievements in nation-building and once again let the world hear the roar of the Tiger of Asia. I wish China and Malaysia could continue to have close mutual trust and mutually beneficial cooperation,” he added.
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,459
Reaction score
1,883
Points
201
Kerajaan tinjau harga vaksin COVID-19 antara RM21 - RM83 seorang
Redbeat%2BAcademy%2Bphoto%2B1_1601539553.jpg

KUALA LUMPUR: Kerajaan meninjau harga indikatif pemerolehan vaksin COVID-19 antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) seorang, demikian kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini sedang berbincang mengenai model pemerolehan bagi vaksin COVID-19 yang mana ia adalah sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat, malah belum diluluskan lagi.

Justeru, katanya, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut tanggungjawab undang-undang mengenai pembelian awal vaksin berkenaan.

"Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.

"Ada beberapa vaksin ditawarkan kepada kita (pada harga) AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya," katanya bagi mengulas mengenai keputusan kerajaan berkenaan pembayaran pendahuluan bagi memperoleh vaksin COVID-19.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Redbeat Academy oleh AirAsia Digital dengan kerjasama Google di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, Presiden (AirAsia Digital) Kumpulan AirAsia, Aireen Omar dan Ketua Google Malaysia, Marc Woo.

Khairy juga berkata, kerajaan mempunyai pelbagai strategi dalam memperoleh vaksin COVID-19 termasuk berunding dengan syarikat farmaseutikal fasa ketiga pembangunan vaksin.

Beliau berkata, Malaysia juga sedang berbincang untuk menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX yang dikendalikan oleh Pakatan Vaksin Global (GAVI).

Mengenai sama ada Malaysia menjadi tempat ujian klinikal vaksin COVID-19, Khairy berkata, pada awal penularan pandemik itu, Malaysia menawarkan diri untuk ujian klinikal.

Namun, katanya, dengan kes jangkitan di negara ini menurun, Malaysia tidak akan menjadi tempat ujian klinikal bagi vaksin berkenaan.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
Vaksin COVID-19 tidak perlu halal

JAKARTA: Naib Presiden dan ulama Islam kanan Indonesia, Ma'ruf Amin, berkata vaksin COVID-19 yang sedang disediakan kerajaan ketika ini tidak perlu berstatus halal.

Jurucakap naib presiden itu, Masduki Baidowi, berkata kenyataan Ma'ruf itu dibuat pada mesyuarat bersama Menteri Menyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan, baru-baru ini.

"Isu ini dibangkitkan dalam perbincangan mengenai perkembangan vaksin yang sedang dibangunkan syarikat farmaseutikal China, Sinovac, dengan kerjasama firma farmaseutikal tempatan, PT Bio Farma.

"Naib presiden menerangkan mengenai perkara penting, jika vaksin itu halal, maka ia baik, tiada masalah, namun jika ia tidak halal, ia juga bukan masalah.

"Ini disebabkan ia adalah isu kecemasan, jadi tidak mengapa untuk digunakan (vaksin tidak halal)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengumuman terbaru itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Masduki pada Ogos lalu, yang mengatakan naib presiden menggesa Bio Firma memastikan vaksin COVID-19 yang ditunggu-tunggu itu mempunyai sijil halal sebelum diedarkan.

Masduki berkata Ma'ruf, yang juga pengerusi tidak aktif Majlis Ulama Indonesia (MUI), akan meminta pasukan MUI ke Beijing bagi mengesahkan sama ada vaksin itu halal atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, ia tidak akan menjadi penghalang. Kenapa? Saya tekankan sekali lagi yang (vaksin) tidak halal dalam keadaan kecemasan adalah dibenarkan," katanya.

Status halal bagi vaksin sebelum ini menjadi isu pada 2018, ketika kempen suntikan vaksin campak dan rubela oleh kerajaan.

Ketika itu, MUI mengeluarkan fatwa mengisytiharkan vaksin campak-rubela adalah 'mubah' (dibenarkan untuk kegunaan orang Islam) walaupun terdapat bahan berasal daripada babi kerana vaksin halal masih belum dihasilkan, sekali gus menjadi 'darurat syariah'.

Walaupun fatwa itu dikeluarkan, MUI bagi bahagian Kepuluan Riau tetap menggesa orang Islam menolak penggunaan vaksin itu.

"Jika vaksin MR itu sangat penting, maka kita boleh meminta kerajaan supaya dengan segera menghasilkan yang halal dan selamat bagi orang Islam," kata setiausaha MUI Kepulauan Riau, Ustaz Santoso ketika itu. - AGENSI
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,459
Reaction score
1,883
Points
201
Bintai Kinden dapat hak eksklusif vaksin COVID-19 Generex
vaksinn_1601987056.jpg
Anak syarikat Bintai Kinden akan membeli vaksin Generex dalam bentuk asas - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Bintai Healthcare Sdn Bhd (BHSB), anak syarikat Bintai Kinden Corporation Bhd akan membayar kira-kira AS$10 juta kepada Generex Biotechnology Corporation (Generex) dan anak syarikat dengan kepentingan majoritinya, NuGenerex Immuno-Oncology Inc, selepas pengkomersialan vaksin COVID-19 keluarannya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Bintai Kinden berkata BHSB telah memeterai Perjanjian Pengedaran dan Pelesenan (DLA) dengan Generex serta NuGenerex pada 5 Oktober lalu.

"NuGenerex berhasrat memberi BHSB hak eksklusif untuk mengedar, menjual dan pengkomersialan vaksin COVID-19 yang diperoleh daripada platform vaksin yang BHSB mungkin beli dan/atau daripada Generex," katanya.

Selepas mendapat kelulusan pihak Pentadbir Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan pihak berkuasa Malaysia membabitkan vaksin tersebut, BHSB akan membeli vaksin itu dalam bentuk asas atau 'naked vial' daripada Generex/NuGenerex secara kelompok berdasarkan harga Kos Insurans dan Muatan (CIF) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada peringkat kemudiannya, bergantung kepada kuantiti yang tersedia, BHSB akan membeli vaksin itu dalam bentuk kuantiti pukal daripada Generex/NuGenerex mengikut harga CIF KLIA.

Bintai Kinden berkata, sebagai pertimbangan bagi hak harta intelek, hak pengkomersialan, hak pelesenan, hak pengedaran dan hak-hak lain, BHSB akan membuat bayaran sejumlah AS$2.62 juta untuk peringkat prapengkomersialan serta AS$10 juta untuk peringkat pengkomersialan.

-BERNAMA

——-

alamakkk cina punya la
Tak BMF takpe ke? Heheh
1602072034425.jpeg
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
If China’s coronavirus vaccines work, which countries will get them and for how much?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
COVID-19: China sertai COVAX

BEIJING: China semalam menandatangani perjanjian bagi memastikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan kelak, diagihkan kepada negara membangun dalam usaha diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membendung pandemik itu.

Pelan peruntukan vaksin COVID-19 itu, COVAX, berikrar mengagihkan vaksin ke negara lebih miskin sebaik saja ia berjaya dihasilkan, bagi mengatasi kebimbangan bahawa negara kaya akan mengehadkan pengedaran ubat terbabit yang dikeluarkan syarikat farmaseutikal mereka.

Perjanjian itu sekali gus menyaksikan China memainkan peranan penting dalam usaha global untuk berkongsi vaksin dengan negara kurang maju.

"China menyertai COVAX sebagai komitmen untuk menjadikan vaksin COVID-19 barangan awam global," kata jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying, hari ini.

Bagaimanapun, Chunying tidak memperincikan komitmen jumlah wang oleh China dalam perjanjian itu yang menyasarkan pengumpulan dana AS$2 bilion serta penyediaan vaksin akan datang kepada 92 negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Namun, beliau berkata, keutamaan akan diberi kepada negara membangun dalam pengagihan vaksin dihasilkan China nanti, sambil memaklumkan Beijing berharap negara yang lebih berkemampuan akan turut menyertai dan menyokong COVAX.

Amerika Syarikat (AS) tidak memeterai perjanjian berkenaan, setakat ini.

China sedang giat berusaha menghasilkan vaksin COVID-19 dan menjangka ia dikeluarkan sebelum akhir tahun ini. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
China sokong Indonesia jadi hab vaksin Asia Tenggara
coronavac_1602418092.jpg


JAKARTA: Menteri Menyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan, berkata China menyokong usaha Jakarta untuk menjadi pusat pengeluaran vaksin di Asia Tenggara selepas bertemu dengan Menteri Luar China, Wang Yi.

Pandjaitan dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu berkata, Wang menyifatkan Indonesia mempunyai keupayaan yang kuat untuk pengeluaran vaksin di Asia Tenggara dan akan menyokong syarikat China untuk meningkatkan kerjasama antara dua negara.

Dalam pada itu, sukarelawan di Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat, juga sudah mengambil bahagian dalam ujian vaksin yang dikembangkan oleh Sinovac Biotech dari China.

Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu juga sedang berusaha menghasilkan vaksinnya sendiri yang dikenali Merah Putih untuk memastikan vaksin itu mencukupi untuk 270 juta penduduknya.

Malah, kedua-dua menteri itu juga berbincang membangunkan tiga zon industri di wilayah Bintan, Batang dan Semarang di Indonesia dengan penyertaan universiti China dalam penyelidikan perubatan herba di Sumatera Utara.

Pandjaitan juga memohon kepada Wang supaya China berkongsi pengalamannya dalam usaha membasmi kemiskinan. - BLOOMBERG
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
Vaksin COVID-19 tidak perlu halal

JAKARTA: Naib Presiden dan ulama Islam kanan Indonesia, Ma'ruf Amin, berkata vaksin COVID-19 yang sedang disediakan kerajaan ketika ini tidak perlu berstatus halal.

Jurucakap naib presiden itu, Masduki Baidowi, berkata kenyataan Ma'ruf itu dibuat pada mesyuarat bersama Menteri Menyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan, baru-baru ini.

"Isu ini dibangkitkan dalam perbincangan mengenai perkembangan vaksin yang sedang dibangunkan syarikat farmaseutikal China, Sinovac, dengan kerjasama firma farmaseutikal tempatan, PT Bio Farma.

"Naib presiden menerangkan mengenai perkara penting, jika vaksin itu halal, maka ia baik, tiada masalah, namun jika ia tidak halal, ia juga bukan masalah.

"Ini disebabkan ia adalah isu kecemasan, jadi tidak mengapa untuk digunakan (vaksin tidak halal)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengumuman terbaru itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Masduki pada Ogos lalu, yang mengatakan naib presiden menggesa Bio Firma memastikan vaksin COVID-19 yang ditunggu-tunggu itu mempunyai sijil halal sebelum diedarkan.

Masduki berkata Ma'ruf, yang juga pengerusi tidak aktif Majlis Ulama Indonesia (MUI), akan meminta pasukan MUI ke Beijing bagi mengesahkan sama ada vaksin itu halal atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, ia tidak akan menjadi penghalang. Kenapa? Saya tekankan sekali lagi yang (vaksin) tidak halal dalam keadaan kecemasan adalah dibenarkan," katanya.

Status halal bagi vaksin sebelum ini menjadi isu pada 2018, ketika kempen suntikan vaksin campak dan rubela oleh kerajaan.

Ketika itu, MUI mengeluarkan fatwa mengisytiharkan vaksin campak-rubela adalah 'mubah' (dibenarkan untuk kegunaan orang Islam) walaupun terdapat bahan berasal daripada babi kerana vaksin halal masih belum dihasilkan, sekali gus menjadi 'darurat syariah'.

Walaupun fatwa itu dikeluarkan, MUI bagi bahagian Kepuluan Riau tetap menggesa orang Islam menolak penggunaan vaksin itu.

"Jika vaksin MR itu sangat penting, maka kita boleh meminta kerajaan supaya dengan segera menghasilkan yang halal dan selamat bagi orang Islam," kata setiausaha MUI Kepulauan Riau, Ustaz Santoso ketika itu. - AGENSI
kne tggu fatwa malaysia dlue:cool:
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
Vaksin COVID-19, China setuju utamakan Malaysia

KUALA LUMPUR: China bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Malaysia bagi membekalkan vaksin COVID-19 kepada negara ini.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dalam perbincangan dua hala bersama Menteri Luar China, negara itu bersetuju untuk memberi bantuan pembekalan vaksin kepada rakyat negara ini.

"China adalah antara negara yang paling ke depan dalam penemuan vaksin dan saya difahamkan ia sudah berada di tahap akhir, di mana akhir tahun ini sudah ada vaksin yang boleh digunakan.

"Menteri Luar China bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Malaysia dan sukacitanya saya ingin mengatakan bahawa negara pertama yang akan dibantu adalah Malaysia. Kerjasama ini akan dipimpin oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein," katanya.

Beliau berkata, Malaysia juga akan menyertai satu badan yang akan membantu negara membangun bagi memperoleh vaksin.

"Saya berikan tugaskan ini kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kerana untuk menyertai badan ini kita kena bayar sejumlah wang yang agak besar.

"Disebutkan mereka boleh bantu hanya 10 peratus daripada jumlah rakyat negara dan di Malaysia hanya tiga juta sahaja dibekalkan," katanya.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,459
Reaction score
1,883
Points
201
Tp pembekalan vaksin tu dpt pada company kaum cina Bintai Kinden
Tak pe ke :p

1602598422377.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register