BTC USD 26,781.8 Gold USD 1,961.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 China mula beri vaksin COVID-19 secara sedutan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
China mula beri vaksin COVID-19 secara sedutan


Orang ramai memakai pelitup muka ketika beratur untuk menjalani rutin ujian saringan COVID-19 di pusat ujian coronavirus di Beijing. - Foto AP

BEIJING: Bandar Shanghai di China memulakan pemberian vaksin COVID-19 secara sedutan hari ini, dipercayai vaksin pertama seumpamanya di dunia.

Berdasarkan pengumuman di media sosial rasmi bandar itu, vaksin COVID-19 dalam bentuk semburan yang disedut melalui mulut itu, diberikan secara percuma sebagai dos penggalak.

Vaksin bebas jarum itu dilihat dapat menarik individu yang enggan menerima vaksin melalui suntikan, selain membantu memperluaskan vaksinasi di negara miskin kerana ia lebih mudah diberikan.

China tidak mewajibkan pengambilan vaksin, namun mahu lebih ramai individu tampil mendapatkan dos penggalak sebelum melonggarkan sekatan ketat pandemik yang menjejaskan ekonomi dan berlawanan dengan tindakan dilakukan di seluruh dunia.


Satu video yang dimuat naik di media kerajaan China menunjukkan orang ramai memasukkan muncung bekas lutsinar berwarna putih ke dalam mulut mereka di sebuah pusat kesihatan komuniti.

Di bekas itu, terdapat tulisan memaklumkan penerima vaksin perlu menyedutnya secara perlahan sebelum menahan nafas selama lima saat, dengan keseluruhan prosedur selesai dalam tempoh 20 saat.

"Ia sama seperti minum secawan teh. Apabila saya menyedutnya, ia rasa sedikit manis," kata seorang penduduk Shanghai dalam video berkenaan.

Sementara itu, seorang pakar berpandangan, pengambilan vaksin menerusi mulut boleh menghalang virus daripada masuk ke sistem pernafasan lain, namun ia bergantung pada saiz rembesan vaksin.

Pakar imunologi di India, Dr Vineeta Bal, berkata rembesan yang lebih besar akan melatih sistem pertahanan di mulut dan tekak, manakala rembesan kecil akan terus masuk lebih ke bahagian tubuh badan.

Vaksin sedutan yang dibangunkan oleh Cansino Biologics Inc itu adalah sama dengan vaksin adenovirus satu dos dalam bentuk suntikan yang dibangunkan syarikat biofarmaseutikal China itu, dan diluluskan untuk digunakan sebagai dos penggalak bulan lalu.

Menurut Cansino, vaksin secara sedutan itu sudah selesai melalui ujian klinikal di China, Hungary, Pakistan, Malaysia, Argentina dan Mexico. - AP
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,589
Points
251
Awards
1
Lain macam

BUG-TV3-77.jpg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register